Trip ni boleh dikatakan adhoc jugak. Kurang dari sebulan sebelum trip check tiket..Air Asia - X...total 5pax flight return RM 13k ++ kalau digenapkan menghamipri 14k. Termasuk makan 1x dan luggage 20kg check in.
Memandangkan aku sorang je yang passport "hidup", So ada cost jugak untuk passport. RM 200 untuk above 12 tahun? Rm 100 untuk below 12 tahun.
Pastu check airbnb...dapat 6 malam yang fit 5org RM3800. Ok kira setel dah. Next... tinggal plan nak g mana2. By the way aku filter Airbnb area Umeda. Sebab situ je area yang aku familiar. Kalau sesat pun still boleh sampai...hahaha. aku selalu sesat kalau tang subway yang berliku onak dan duri. So sebelum pergi tu aku dah warning anak2 awal2..kita mungkin sesat. Kalau tak nak sesat...kita g jalan tempat umi selalu g keje je. ..hahaha gitu..
Sebelum gerak check mana2 pass yag sesuai untuk pelancong..
1) JR Railway Pass (50 000 yen sorang = rm1400 lbh kurang). Ni boleh naik shikansen sampai muntah.
2) Osaka amazing pass..yqng ni termasuk beberapa tempat sekita osaka..boleh masuk free..
3) Kansai Thru Pass..ni ticket train tidak termasuk JR line...ada pass 2 hari..ada pass 3 hari .
So last sekali aku pilih Kansai Thru Pass untuk 3 hari. 7000yen dewasa. 50% kanak2. Ni sesuai untuk yang selalu sesat naik train. Kadang keluar masuk train sebab salah line. Hahahaha. Kalau korang boleh follow map betul..tak yah amik pun takpe. Beli tiket biasa je...
Total aku tukar cash : 200k Yen ( Rm5820 = masa tukar ni rate rm 291 = 10k yen)
Aku tukar dalam WISE kad 100k yen lbh kurang rm 2850 masa tukar tu..
Balik Malaysia...balance Yen 55k dalam WISE..
Cash adalah dalam 7-8 k yen kot...
So total perbelanjaan aku genapkan rm25k...all in..
Day 1 : Rinku
Kami landed 9.30am kat Kansai International Airport (KIX), clear semua dalam kul 11.30am kami gerak ke Rinku Premium Outlet. Solat Zohor Asar kat situ (sana memang ada disediakan prayer room). Dulu masa aku pergi kene g Information Centre dan inform nk guna prayer room, baru diorg unlock. Tapi trip ni diorang dan unlock siap2..
Kat Rinku ni, kalau korang kaki shopping memang worth it nk singgah.
Dalam Kul 3pm gerak balik ke KIX, lunch and beli Kansai Thru Pass, pastu amik bas ke Umeda. Kul 6 pm sampai di Airbnb kat Yodoyabashi. Lebih kurang 1.6km daripada Umeda (Airport Limo Bus Stop). Kira sampai tuh dah gelapla. Solat Maghrib dan Isyak..keluar g cari dinner kat Yodobashi...
Day 2 : Kobe
Memandangkan Day 2 ni hari Jumaat, kami ke Masjid di Kobe. Jumpalah geng2 Perodua yang dah "separa bermastautin" kat Jepun..hahaha. lepas solat Jumaat singgah makan Shawarma tepi masjid...pastu gerak ke Kobe Harborland
Amik2 gambar pastu naik Cruise pusing2. Pemandangan cantik sebab dari siang sampai ke malam atas Cruise. Kira dapat dua view. Siang dan Malam.
Balik sbb dah penat. Beli nasi ngan ikan kat Family Mart je. Balik microwave. Lagipun ada seketul lagi shawarma x abis makan lunch tadi.
Guna bantuan Google map.
Breakfast.
Masjid Kobe
Kobe port
Ilman kata ni gaya orang2 lama amik gambar. Hish budak ni..bialah.
Time makan aiskrim ni, ada sorang pak cik Jepun ni datang borak2 Tanya husband mana (time ni husband ngan Ilman g cari ruang nak solat asar sbb td solat jumaat, tak jamak).
Abis borak dia bagi jajan kat anak2...adalah dlm 3 bungkus...aku bagi isyarat mata je kat budak2 tu suruh amik je dulu. Lepas je dah x nmpk uncle tadi tu...check ingredients, ada satu takle makan...so aku suruh je bebudak 2 ketul tu simpan dlm beg..balik buang kat apartment nnt.
Sebenarnya, x plan pun nak naik cruise ni...tetiba je nampak diorang dok panggil, last call nak naik kapal tu...berlari2 kitaorg, time tu lah nk cari duit nak bayar ticket...x mahal pun dalam 1400yen sorang adult, untuk budak sekolah biasalah 50%...high school pun ada less jugak...
Dari siang sampai ke malam dok atas cruise.
Dah Jalan sampai 30k steps...dah penat..terpaksa jugak naik JR line train. Bayar harga tiket lain. Sbb Kansai Thru Pass tak cover JR line.
Day 3 : Nara & Namba
Rusa2 kat sini...lebih jinak dari kambing kat kampung. (Dulu aku pengembala kambing) ko bawak rumput pun belom tentu kambing nk ikut ko. Hahaha
Pastukan. Rusa2 ni pun terikut cultural pensuduk Jepun. Asyik dok menunduk hormat je. Nak2 lepas ko bagi dia makan biskut dia. 😇
Biskut ni harga dia 300yen. Ntah apalah bahannya. Ko pegang kertas pengikat tu pun. Dia ikut je ko g mana2 🤣.
Ruhil. Hahaha. Rusa ni pun dia takut macam dia takut kucing. Jenuh berlari, lari dari rusa2 tuh.
Dia punya innovation. Punya malas nak pegang bekas air..lekat terus dlm jaket. Direct minum sambil jalan.
Sejuk2 minum ais. Nikmat jugak.
Kat Nara ni..selain rusa2 ni...banyak jugak taman2 cantik yang ada. Rusa2 tu pun berjalan jugak sampai ke taman atas tu...mungkin kalau datang musim bunga lagi cantik.
Rumah lama diorang buat Muzium.
Cari Surau kat Nara Information Centre. Surau diankecik je. Dalam 2 org je boleh masuk. Amik widuk kat toilet. Sini kene g kaunter nnt dia bukakkan pintu surau.
Nara Information Centre. Jauh jugak jalan ni. Sampai Naurah merajuk2...penat. hahaha. Dia jelah sorang yang selalu ajak naik teksi...hahaha
Dah berjalan jauh2..lapar la plak... g Namba terusla..cari makan. Ya Allah..punya la ramai makhluk. Sama macam berjalan kat Pasar Ramadhan Jalan TAR. Nasib baik kedai makan halal tak ramai orang.
Sebab ramai sangat manusia..takdelah gambar ikonik mamat Glico kat Namba..
Day 4 : Kyoto
Bergambar dan makan je..sini enjoying the nice view jelah.
Kat sini jugak banyak kedai2 yang buat service sewa kimono.
Ramai jugak yang gigih pakai kimono sambil jalan dan bergambar..
Ada jugak tempat yang ko boleh tengok Geisha buat pertunjukan.
L
Kedai ubi keledek. Macam2 cara masakan. So macam2 jugakla beli. Sedap!!
Day 5 : Osaka Aquarium
Sampai dalam pukul 10.00am...walk in beli tiket dapat masuk kul 3pm. So kami decode pi naik cruise dulu. Dari jauh jelah tengok USJ. Masa cruising tu nampakla bayang2 USJ. 🤣.
Kat area aquarium ni ada kedai halal. Sebelah surau je. Tapi masa kami masuk, dudul dlm 5min takde orang dtg tanya nak makan apa. Pastu kami blah camtu je. Pegi cari family mart then beli Onigiri. Cukupla nk cover perut.
Kat dalam kapal ni ada maxam muzium kat bawah dia. Bolehla g jamu2 mata. Kalau dh bosan tengok pemandangan kat atas.
Day 6 : Osaka Castle
Time Capsule. Kene remain unopen sampai tahun 6970..tupun kalau tak kiamat lagila.
1st January kami gerak balik Malaysia.
Till we meet agai Japan. Next visit kita ke tempat lain plak. Cari salji.