Tips Senang Kemas Rumah

Assalamualaikum

Tajuk tips kemas rumah, tapi sebenarnya Ummi nak share cara2 tak nak hilang stokin  dan cara nk cepat prepare baju anak2 ke nursery ( especially yang jenis daily hantar baju anak2). Nih kira termasuk jugak dalam aktiviti mengemas rumah bagi Ummi. Kedengarannya macam remeh, tapi yang remeh tulah selalu bagi masalah pada kita.

1) MACAM MANA NAK KEKALKAN PASANGAN STOKIN?

Ni kira dulu2 memang masalah besar bagi Ummi. Selalu je time nak lipat or nak amik masa nak pakai, stokin x cukup pairing. Pastuh mulalah gelabah. Yelah pepagi nak g keje, nak cepat je kan. Lagi haru kadang tuh, siap kanan kaler lain, kiri kaler lain. Kene pulak hari tuh ada meeting dalam bilik yang kene bukak kasut. Aduh!! Hari yang bermula dengan malang akan terus malang sampai ke abis keje. Hahaha. Palsampah Ummi!!! So, apa countermeasure Ummi?

Langkah 1 :
Masa nak sidai stokin, terus pairing kan stokin2 sekalian dan sepit secara pairing. Oooppppss mata tuh nampak lantai Ummi yang licin berkilat tu ye? Tuh tips senang je. Mop guna #BasicH Shaklee. Tak perlu bilas pun. Mudah!

Langkah 2:
Sesudah kering, gabungkan stokin yang siap sedia dipairing pada sepit dengan cara lipatan di bawah.

Langkah 3: 
Bukak sepit dan siap untuk di simpan di dalam laci simpanan stokin.


Haaa, bab laci simpanan stokin nih, awas ye, sila asingkan laci untuk stokin sahaja. Jangan campur dengan yang lain. Lagi satu jangan sesekali campur adukkan stokin dengan pakaian lain dalam satu bakul. 

Kenapa? 

Ada ceritanya. Ni cerita bos Ummi. Pada suatu pagi tuh, dia datang dengan safety boot tanpa stokin. Siap suruh anak buah pi beli stokin kat koperasi. (Sib baik koperasi ada jual stokin). Bayangkan pakai safety boot tanpa stokin. Huh mau berkematu kaki. Tapi bukan tu sebab utama. Bukan sebab takut kaki berkematu. Tapi, bila disoal siasat lagi, kenapa tak pakai stokin, rupanya dia dah tersalah ambil dari dalam bakul. Seluar "kecik" dah disangkanya stokin!!! Hahaha..memang pecah perut gelak time tu.


2) CARA CEPAT PREPARE BAJU ANAK KE  NURSERY

Simple!. Sama gak macam cerita stokin. Key word dia PAIRING!.

Langkah 1:
Lipat ke dua2 baju dan seluar

Langkah 2:
Gabungkan baju dan seluar (sila abaikan 2 kaki comel tuh)

Langkah 3:
Lipat baju dan seluar bersama2.

Tips ini juga memudahkan para suami untuk menjaga anak2 pada hari2 bila mana si isteri harus bekerja lebih masa. Huhu. Takdelah berselerak almari baju sebab nak cari mana pairingnya.

Tapi awas! Hihi kalo ada orang lain yg melipat baju di rumah!

Pernah satu hari tuh, eh 2 hari. Adik Ummi ada datang rumah. Dia memang rajin bab2 melipat kain baju dan mengemas rumah ni. Ummi plak lupa nak cakap, baju anak2 lipat gayanya gini. Nak tau apa jadi?

2 hari Ummi dapat komplen dari teacher nursery. Hari isnin komplen baju ruhil ada baju sahaja. Hari selasa ada seluar sahaja. Haha. Ni kes sebab dah terbiasa amik baju dalam almari secara pairing dan main sumbat je dalam beg. Haha

Okla semua. Selamat mencuba ye. Semoga bermanfaat. Dah 2 aktiviti nih kita leh kurangkan waktu mengemas kita, so adalah masa nak selit2 tulis blog, update stok vitamin shaklee, bungkus2 order customer, bukak buku panduan nutrisi shaklee. Hehe. Hidup harus bijak mengurus masa!

Daa


Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment