Blog kegemaran

Blog kegemaran? Confirmed Paultan!!! Hahaha. Kenapa? Kenapa? Kenapa Paultan. Nak buat camana, memang Paultan ni suka tulis pasal automotive. Pasal benda yang Ummi suka. 

Haaa yang paling best, kadang tuh, kereta yang dikeluarkan oleh syarikat Ummi (amboi, macam syarikat ni bapak aku yang punya!!!! Hahaha gelak jahat), ok ok Ummi betulkan, syarikat tempat Ummi makan gaji, haa baru betul. Sambung balik, kereta baru dalam development yang syarikat Ummi akan keluarkan pun Paultan dah buat review dulu. Ummi yang keje kat kilang ni pun kadang tak tahu detail macam yang dia tulis. Hahaha. Yelah bukan semua orang dalam kilang ni terlibat secara terus dengan setiap new model yang akan dikeluarkan.

Tulah, sebab tu dalam setiap syarikat akan ada P&C. Haissshhhh sapalah tukang bosor rahsia tu kan?huhu. Tak baik tau!!! Ummi tak pernah buat ye. Walaupun Ummi terlibat secara terus dengan development ALZA dulu. Tak pernah terniat nak amik gambar ke, nak cerita kat suami ke ( haaa kau, kat suami pun tak cerita). Biarlah dah launching nanti baru orang tahu kan? Barulah nama dia surpriseeeeee!!!! Ngeee


Memang best kan baca pasal2 gosip nih. Tapi gosip pasal automotive ni memang best. Dia tak sama ngan gosip2 yang bagi pahala kat orang lain tu. Alaaaa gosip2 yang jenis bila kota bergosip, orang yang kita bualkan tuh dapat pahala, kita yang dok pot pet pot pet nih makin berat pulak rasa bahu sebelah kiri. OMG, pembaca2 kesayangan Ummi sekalian, sila jauhkan perkara2 sebegini ye. Hihi ( teguran khidmat masyarakat!!)

Ok...cau sin ciiiiiii. 

Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment