Merah Menyala Semangat Waja


"MERAH MENYALA SEMANGAT WAJA"
"PUTIHMU BERSIH BUDI PEKERTI"
"KUNING BERDAULAT, LAMBANG NEGARA"
"BIRU PERPADUAN RAKYAT SEMUA"


Waaaahhh patriotik Ummi pagi2 isnin ni. Bersemangat sket nak g keje. Mana ada masa nak monday blues ni..hahaha

Hari ni nak cerita warna kegemaran. Kalo tengok barang2 Ummi, memang rasanya banyak warna merah. Sejauh mana kegilaan Ummi dengan warna merah ni? Takla gila sangat lagi. Masih waras. Hahaha. Cumanya bila pakai tidung merah ke baju merah ke memang rasa bertenaga sangat.

Tetiba teringat zaman2 dok universiti dulu2...hah gitu..memang dulu2 sangat, dah hampir 20 tahun kot tinggalkan zaman universiti. Zaman universiti dulu, Ummi memang suka pilih kelas start pukul 8pagi, kalau boleh kul 3.30 ptg ke atas tuh dah free, dah boleh buat aktiviti workshop untuk minor projek. So, bila kelas kul 8 pagi ni, nak2 kalo malamnya tuh stay up sebab nak siapkan assignment yang selalunya memang disiapkan di saat2 akhir. Biasanyaakan tidur lepas solat subuh. Hahaha. Pasti mulala terjaga semput2 pukul 8. Mualalah gelabah gosok gigi, cuci muka dan sarung baju merah. Kasi aura segar dan bertenaga. Kalo tak jumpa baju merah pakai baju oren. Hahaha.

Jom tengok apa barang2 Ummi yang warna merah.

1) Kereta (dah umur 8 tahun ni)
Kete ni banyak jasanya. Walaupun dah banyak kali kene kutuk dek kawan2 opis, Ummi tetap sayang kamu! Walau ada penggantinya nanti, kamu tetap jadi no.1. Hihi. Love you so much. Muahhh..muahhh!
Gambar ni masa tukar oxygen sensor. Simptom --> simbol engine checked menyala tak henti2, brake rasa loose dan minyak cepat habis.



2) Beg sandang
Sorryla korang. Beg Ummi bukan kelas2 beg DIVA. Huhu. Tapi beg ni cukup besar untuk letak 2 pasang persalinan en. Ilman dan cik ruhil beserta kain napkin dan 2 ketoi diapers.



3) Sandle
Sandle nih pernah jadi pelakon utama dalam cerita Ummi sakit lutut. Kalo nak tahu cerita lanjut boleh klik gambar.





4) Cover telefon
Hah tengok tuh. Baru pakai 3 bulan. Dah ada kesan2 grafity hasil tangan Cik Ruhil. Minat sungguh dia.

Ni antara barang harian yang Ummi guna. Selain dari bagi aura bertenaga, cergas dan berani, lagi satu warna merah ni senang nampak. Kalo tersalah campak mana2 telefon Ummi nih, senang nak cari. Hahaha

Apa warna kegemaran korang? Jom share.

Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment