Cantik dengan CoQ10

Salam semua dan selamat pagi. Pagi2 sabtu nih Ummi sukalah nak cerita pasal kecantikan. Sambil2 pakai mask kat muka pastu berangan lepas basuh muka nanti terus bertuka jadik Neelofa. Haaaa gitu. Neelofa ko. Ummi nih memang suka sgtla tengok si Neelofa tuh. Pulak sekarang ni dia dah bertidung bertambah2 suka Ummi nak tengok muka dia. Alahaiiii sib baiklah Ummi tak pegnan sekarang ni. Kalo tak mahu anak Ummi lahir kang ada iras2 Neelofa. Huhu. Ada hati!!! Ngeh2.

Entri kali ni Ummi bukan nak cerita pasal Ummi bermasker ngan ESP ke, Vit E ke, vit C ke, Kolagen ke @ apa2 lah yang macam entri Ummi awal2 bulan hari tu. Alaa pasal entri Ummi yang ajk korang cantik macam Neelofa tuh. Aduh, Neelofa lagi. Mahu tersedak nasi kerabu budu lebih yang tengah Neelofa makan buat bekpes sekarang ni. Hahaha.
Cerita cantik macam Neelofa sila korang Klik SINI ya.
Sekarang Ummi nak cerita pasal CoQ10. Sebut pasal CoQ10 nih ramai yang akan relate kan dengan penyakit kardiovaskular kan.

APA ITU COQ10?

Sebelum tu Ummi nak tanya korang, pernah dengar tak CoQ10 nih? Tahukah CoQ10 ni apa? CoQ10 ni sebenarnya singkatan daripada Coenzym  Q10. Jumlah CoQ10 nih yang tertinggi adalah di dalam jantung. Dan jumlah tertinggi CoQ10 dalam badan adalah ketika umur kita 20 tahun. Hmmm patutla pada umur 20tahun kita rasa kesihatan dan kecantikan kita adalah pada tahap paling bagus kan?

CoQ10 nih fungsi utamanya adalah untuk beri tenaga pada jantung. Maksudnya dia kuatkan otot jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Tahu ke korang jantung pam berapa mali dalam sehari? Haaa kalo korang nak tahu, purata jantung mengepam sehari adalah 100K. Wohooooo, subhanallah, hebatnya kuasa Allah.
So macam mana kaitannya kekuatan jantung ngan kecantikan nih? Haa tadikan Ummi ada tulis, CoQ10 nih kuatkan jantung kita untuk mengepam. So, kalo jantung kita kuat dan boleh melakukan kerjanya dengan  baik, sekaligus, segala nutrien yang kita makan akan di pam ke seluruh badan sebelum nutrient tuh termusnah sebelum dia melakukan fungsinya. Huhu...sedihkan?   Makan vit c, makan vit e makan kolagen bagai..tapi jantung xle pam dengan sempurna. Rugi sangat.

Pastu kalo nak tahu, CoQ10 ni jugak pelindung UV semulajadi. Haaa sebab tu lah Ummi cakap, dengan CoQ10 ni pun kita boleh dapat kulit yang cantik. Free dari bintik2 hitam jeragat yang disebabkan dari sinar UV.

BERAPA JUMLAH COQ10 YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN, APAKAH SUMBERNYA?

Kita memerlukan 28gram CoQ10 sehari. Camana nak dapatkan 28gram ni? Kita boleh dapat dari pemakanan kita. Boleh refer gambar kat bawah ni. Ni adalah contph2 makanan yang mengandungi CoQ10. Setiap kuantiti yang Ummi tulis untuk setiap sumber tuh membekalkan 28gram CoQ10 kepada badan kita.

Wohooo...mampu ke nak mkn sebotol peanut butter sehari? atau 850grm daging sehari? atau 1.7kg ayam sehari? 

Tak apa ada cara senang. Beli je CoQ10 kat farmasi. Tapi hati2 memilih, kerana kebanyakkan CoQ10 adalah diperbuat daripada "tobacco". Nak laaaagi senang order je CoQHealth Plus ni ngan Ummi. Sah2 1 tablet dah ada 28gm CoQ10. Tak payah sebok2 nak makan hampir sekilo daging or nak mkn sebotol peanut butter sehari.


Apa istimewanya CoQHealth Plus?
1) Ada CoQ10 yang diekstrak daripada Yis
2) Ada teh Hijau
3) ada Vitamin  E

Ok. Sekian sharing dari Ummi untuk hari ni.






Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment