Tempat makan best di terengganu

Assalamualaikum

Soalan rutin yang diterima masa kat universiti dan bila dah kerja."Eh, ko orang ganu kan? Kat mana best nak makan erk?!!". Soalan ni akan timbul bila ada yang akan ke Terengganu dan diaorang tahu Ummi asalnya dari Terengganu.
Serious Ummi cakap, bila ada je soalan ni Ummi tak tau nak jawab. Akhirnya nak tau apa jawapan Ummi? 
Emmm, "tempat paling best yang aku tahu, satu2nya adalah rumah aku!!" Hahaha...tak best langsung orang yang terima jawapan tu dengar kan? 
Ye lah, Ummi dulu2 manalah biasa makan kat luar kan? Memang mak masak je kat umah. Bila dah masuk sekolah menengah barulah reti mkn kat kedai makan. 
Masa tuh mee goreng basah kat bus station Kuala Terengganu..haaa nilah tempat kegemaran kami (Ummi dan kawan2 asrama) kalau outing dan nak balik kampung. Agak2nyalah, sampai sekarang pun Ummi kalo nak makan mee goreng basah memang  standard level dia kene sama or lagi sedap dari mee goreng basah bus station kuala terengganu tu.
Kalo korang tanya gerai nombor berapa, Ummi pun tak tahu nak jawab. Sebabnya dulu, memang kenal kedai tuh "by heart". Haha, tak tau nak explain camana. Turun je bas, kaki terus melangkah ke gerai tu. Alaaaaa, kalau Ummi ingat pun, takkanla kedai tuh wujud lagi sekarang. Dan lagi, ada ke orang sanggup bersesak ke bus station kuala terengganu tuh semata nak makan mee goreng basah? Hahaha...student je kot yang sanggup. Panas tuh..sambil makan sambil berpeluh. Sangat tidak di galakkan membawa anak2 kecil. Hahaha.


Later, dah upgrade sket, makan seafood celup tepung (tempura) kat tepi pantai penarik. Ummmmpssss...rasa dah meleleh air liur Ummi ni. Kalau balik kampung Ummi, memang tak lepaskan peluang singgah tepi pantai penarik kejap untuk menikmati sotong & udang celup tepung nih. Ikan pun ada, biasa ikan kembungla depe goreng, tapi Ummi tak minat sangat. Lebih menarik nafsu Ummi sotong ngan udang je. Hihi. Haaaa...kat sini boleh bawak anak2 ye. Sambil2 rasa angin laut antai penarik. Best jugak selfie2 kat tepi pantai. Hahaha. Sotong dia, tak mainlah potong2, terus sekoq yuh depe celup tepung dan goreng. Bila kita beli baru depe potong2kan.

Gambar ehsan dari google. Harap maklum.

Dulu2, hubby Ummi takutla nak makan banyak seafood ni. Yelah kolestrol tinggi. Tapi skrg takpe..sambil makan tuh kita telan #Phytocol-ST Shaklee. 
Phytocol ni ada fitosterol (plant sterols and stanols) yang akan bertindak sebagai askar2 yang akan berada di dinding usus untuk menghalang lemak masuk ke dalam kapilari darah. Fitosterol nih akan membawa lemak2 tersebut keluar melalui najis kita...haaaa kan dah boleh menikmati makanan kan? Dahla sekali sekala je balik kampung. Makan nak kene catu plak. 


Okey daaaaa
Selamat bercuti untuk sesapa yang masih bercuti sempena cuti sekolah ni. Jemputlah menyinggah ke pantai penarik ye.


Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment