Bukan Handbag LV, Coach ataupun Channel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nak tahu? Ummi tak pernah ada handbag2 yang seperti tajuk di atas. Dan sehingga saat Ummi menaip entry ni, Ummi tak pernah ada nafsu nak memiliki beg2 tuh. MAHAL!!! Haha..function sama je. Letak barang. Tapi tak tau la kan, kot2 ada rezeki Ummi nak jadik Datin ke suatu hari nanti. Hahaha..kenelah pakai handbag kellllllasss kelllass gitu. Kan nnt byk nak kene attend function2 grand. Awwwww melampau imaginasi. Datin tang mana ntah..hahaha.

Takdelah, Ummi terpikir, satu2nya handbag yang Ummi beli ala2 girlish gitu adalah untuk hantaran kawen dulu. Carlo Rino. Tu pun menang membeli alah memakai. Sedar2 dah rosak. Kulitnya abis menggelupas. Yelah tergantung je. Jaaaarang sangat pakai. Asyik pakai sling bag polo yang ala2 rockers tuh. Yang boleh sumbat segala benda. Tapi beg2 ni tak pernah plak Ummi bawak g keje. 

Yang Ummi hari2 dok kelek g keje adalah canvas beg yang biasanya dapat free masa g seminar2 or beli barang. Nak tengok apa yang Ummi is dalam beg harian Ummi bawak g keje?
List barang:
1) Botol air
2) Supplement Shaklee
3) Colop (opis / address untuk pos barang)
4) Buku nota
5) Pen (hari2 bertukar sbb slalu hilang)
6) Tafsir al-Quran
7) Bekalan untuk munchy2

Botol air tuh, ada yang kecik je, biasa Ummi bawak botol air tupperware yang 1.2l tuh. Tapi Cik Ruhil dah hilangkan penutup dia. Sementara ni, guna dululah shaker shaklee ni sementara. Botol air, memang item wajib dok dlm beg waktu g keje. Kalo guna shaker ni, mau 4× refill.

Supplement shaklee, lately suka bawak phytocol-st, dulu letak dlm pil box, tapi kekadang tuh asyik lupa nak refill. Sampai opis mulalah tak tenang duduk. Mkn pun rasa bersalah pada saluran darah. Huhu. Senang citer, Ummi bawak terus satu botol.

Colop. Ada 2. Satu opis punya, satu address punya. Yang address ni senang kalo nak pos barang customer.

Buku nota dan pen. Xde apa yang best. Memang benda perlu ada dalm beg g kerja kan?

Tafsir al-Quran. Nih, hari2 bawak kalo tak uzur. Sebabnya, geng sekolah Ummi ada buat aktiviti mengimarahkan al-Quran. ODOP (One Day One Page). Ada je masa free Ummi baca. Kadang tuh ada jugak tak terbaca, sebab tak lekat kat opis pun. Huhu. Tapi yang penting niat ada. Nak nangis lagi.


Ni contoh camana aktiviti ODOP ni di jalankan. 2 nama 1 page sebab kita kan pompuan. Ada waktu2 yang diharamkan baca. Doakan kami akan tetap istoqomah.

Last sekali, bekalan untuk munchy2. Yang ni kadang ada, kadang tak ada. Ni kebetulan ada biskut. Hihi. Tapi kadang tuh seminggu dok dlm beg tak makan2.

Oklah. Ni je untuk kali ni.

Daaaa. Jom lunch!!!




Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment