Obses


Apa itu obses? Ni yang sempat Ummi google semalam. Obses ni tak semestinya berkisar kepada apa yamg kita suka sahaja.  "Keadaan terlalu memikirkan sesuatu, sesuatu yang kerap menghantui fikiran".

Biasa kalau kita dengar je perkataan obses ni, dengan sendirinya otak kita akan membayangkan, ketaksuban diri kita dengan benda2 yang menjadi kegilaan kita. Benda2 yang terlampau kita inginkan. Obses dengan seseorang kerana terlalu CINTA. Obses dengan FESYEN. Obses dengan KERETA.  Obses dengan LAGU. Dan baaaaanyak lagi!!!

Ummi? Saaaangaaaaat Obses dengan Sang SEMUT. Huhu. Kenapa semut? Aduh, boleh dikatakan, bila nampak je semut seekor kat rumah ni, Ummi akan caaaaari sampai jumpa kawan2 dia. Bila dah jumpa sekelompok semut yang banyak, mulalah terasa meremang bulu roma Ummi. Ummi akan cari cara camana nak bagi semut-semut tuh hilang dari pandangan Ummi. Biasa Ummi akan beli ubat semut (dalam plastic silver rm1=sepeket). Ubat semut ni biasanya ada jual kat kedai2 cina. Letak kat 3 @4 tempat laluan semut2 tuh. Dalam masa 3 hari mesti akan jumpa bangkai2 semut je. 

Ya Allah, memang selalu kene bebel ngan suami Ummi. Kenapa nk bunuh semut2 tu? Tapi kalo yak buat macam tu depe akan lebih2 lagi bermaharajalela. Nak2 pulak rumah Ummi ni ada budak kecik yang selalunya makan berterabur sana sini. Aduh cepat akalah jadi tumpuan semut2 berkumpul. Lepas tu mulalah nak tidur garu sana sini (anak2 Ummi) sampai pedih2 kesan garu tuh. Memang tak tahan.

Orang kata semut pembawa rezeki. Tak elok bunuh semut. Tapi, korang ada cara lebih baik ke daripada tabur ubat2 semut yang buat semut2 mati? Bagilah tips kat Ummi kalo2 korang ada cara bagi semut tuh tak kacau hidup Ummi dengan tak membunuh semut2 tu.

Sila komen ye kalo ada cara lagi bagus.

Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment