Kesayanganku

Assalamualaikum


26 Mei 1997 Ummi diijabkabulkan berwalikan Abang Ummi dengan Hardi Raimee A. Bakar. Hahaha macam artis tak nama suami Ummi?

24 April 1997 betul2 hampir sebulan sebelum Ummi kawen, ayah Ummi telah di jemput Illahi. Sedih? Memang sedih. Waktu tu Jumaat, barang2 nak balik kampung termasuk kad jemputan walimatul urus dah siap dalam kereta nak bawak balik kampung lepas abis kerja. Ingat lagi waktu tuh ayah suruh tempah 1.5k kad jemputan. Katanya nak buat besar2an, sebab mungkin ni majlis terakhir yang dia sempat. Rupanya tak sempat. So majlis walimatulurus Ummi bertukar jadi majlis doa selamat. Waktuh tuh memang ingat nak cancel je semua tempahan persalinan. Tapi mak cakap continue je. Mak yang paling gabra kot untuk majlis nih. Sebab 1st time handle sendiri. Biasa semua ayah yang uruskan. Walau bagaimanapun kami redha dengan pemergian ayah. Sampai saat akhir ayah masih boleh lagi bercakap ngan mak. Ayah 2tahun mengidap asma kerana merokok. Al Fatihah untuk arwah Ayah Ummi. Al Fatihah.

14 November 1999 Ummi telah bergelar ibu. Kiranya 2 tahun setengah jugak kami baru dikurniakan zuriat. Masa 1st time tahu pregnant lan En Ilman nih, Allah saj yang tahu beyapa happynya kami. 

21 Januari 2013 lahir plak Cik Ruhil yang comey lotte. Hihi. Dah sepasang anak kami. Alhamdulillah.


Semoga Allah sentiasa memelihara hubungan kami dan kami sentisa berada di dalam rahmat-Nya.

Amin.


Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment