Baju Raya

Haaa..


Hari ni Ummi nak share fesyen ala2 kemelayuan gituh. Fesyen2 baju raya Ummi sejak kahwin. Nak share fesyen baju g keje, Ummi hari2 pakai uniform je. Hahaha

Sejak kawen, seingat Ummi baju raya Ummi memang kosong je. Takde bunga2. Nak sedondonla katakan.

Tapi mungkin tak complete 7 gambar ni. Some dah hilang sbb dok kat phone2 lama dulu. Tapi Ummi cubalah jugak godek2 dlm phone hubby Ummi, dalam facebook, kot2lah bley complete. Yelah untuk tatapan korang jugakkan.

Ok masa bujang2 (owh ni term yg Ummi pakai time dah kawen tapi masih takde anak), kami biasa g shopping baju raya kat jalan TAR. Yelah, berdua jer sambil dating2 kata orang. Tapi mesti keme ngan tema..mesti sedondon. So masa yang kami ambil untuk carik baju bukan sekali pergi je jalan TAR tuh. Banyak kali.

Haaa, ni masa tahun ke dua raya selepas bergelar suami isteri. Tahun pertama kami, rasanya kami recycle pakai baju akad nikah. Hahaha. Jimat. Tak membazir. Yalah buat baju pastu pakai x sampai 2 jam. Baik recycle kan? Jap Ummi carik baju akad nikah tuh.

Lepas tuh, ni baju recycle baju menyambut menantu. Haaa...masa nih Ilman dah ada. So kami g pusing jalan TAR jugak, carik baju Ilman kasik sedondon. Haha.

Haa tahun ke-4, kami dah start beli baju kat kedai yang jual baju sedondon. Dah malas nak g pusing2 tempat panas dan sesak. Carik tempat yang ada ekon plak. Errr nak recycle baju kawen, dah abis. Takkan nak 2 kali recycle kot. Hahaha. Mahu kene kutuk ngan anak2 sedara. Nih baju kami beli dekat butik Gene Martino. Tapi manik2 kat baju Ummi tuh, Ummi upah adik Ummi jahitkan.

Tahun ke 5, kaler hitam. Godek2 phone, fb Ummi, fb hubby Ummi, tak jumpa. Last2 jumpa gambar En. Ilman je  tu pun dari fb adik2 Ummi. Tapi kalo tgk baju En Ilman ni, baju kitaorg pun sama jenis gak, cuma Ummi punya, baju kurung, baju hubby Ummi plak baju melayu yang scalenya lagi besar berbanding baju En. Ilman  hahaha. Harusla kan. Adoii. Pun beli kat   Gene Martino gak ni.

Tahun ke 6...kaler merah. Beli kat Hugo. Cik Ruhil takde saiz plok masa nih, so baju cik Ruhil tuh di taja oleh teacher nursery dia. Beli kat jalan TAR. Hihk.

Tahun ke 7, kembali kami ke Gene Martino. Haaa, tahun ni Cik Ruhil dah boleh pakai sedondon ngan kami. Huh. Ummi, color block gitu. Baju purple, tudung kuning. Memang terbaik. Haha. Oooppppsss sori "ter"puji diri sendiri plak. Err tudung tuh custom made order dari #sweetyshawl. Sama gak ngan tudung raya tahun lepas yang kaler merah tuh. Order ngan sweetyshawl gak.

Okla. Sekian perkongsian Ummi tentang fesyen yang tak seberapa ni. Tapi untuk sesapa yang suka sedondon, pastuh malas nak menempah2 baju ni, bolehla melawat ke  Gene Martino dan Hugo.






Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment