Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah

Assalamualaikum.

Bila taip tajuk ni, tetiba Ummi teringat cerita hindustan "My  Name is Khan". Ada sesapa tahu tak cerita nih? Pasal Khan yang ada penyakit apa ntah. Yang dia macam lurus bendul. Lakonan Shah Rukh Khan. Heroin dia Kajol.Ntah Ummi pun ingat2 lupa pasal cerita ni. Yang pasti memang ada babak ceritanya buat jdi air mata Ummi murah gila. Alaaa citer hindi, biasalah kan?
Dah, dah Ummi bukan nak cerita pasal Khan.

Ummi nak cerita pasal Ayu Zalini binti Abdullah.

Ummi suka gambar nih. Cergas bertenaga. Hihi. Ni gambar Ummi kayuh ke Janda Baik. Memang best. Ingat balik zaman2 muda belia kat UIA dulu. Kami memang ada Annually Cycling Activity. Ummi sempat follow dua kali. 1st ke Lentang. 2nd ke Janda Baik. Lebih kurang 40km.

Ok. Cerita pasal Ummi. Di lahirkan di Kampung Raja Besut. Mendapat pendidikan awal di sekolah tabika KEMAS kampung Raja. Lepas tu Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja.

Masa sekolah rendah ni Ummi ala2 tom boy gitu. Kawan pun ramai lelaki. Jiran2 dekat pun kebanyakan laki. Mainan memang mainan laki je. Ingat dulu masa sekolah rendah, semua aktiviti Ummi join. Dari acara sukan, Syarahan, bercerita, lakonan dan tilawah al quran dan hafazan. Nampak sangat tak tahu apa2 kan? Kenapa Ummi cakap tak tahu apa2? Yelah, bersukan; untuk netball ngan olahraga Ummi main sampai peringkat kebangsaan. Memang pakai baju sleeveless dan seluar pendek je.
Tak caya? Tengok gambar ni.

Huhu..jahil..jahil, semua nampak kepala lutut. Dan pada masa yang sama, Ummi masuk hafazan peringkat zon dan tilawah sampai peringkat daerah. Nampak tak ke tak tahu apa2an Ummi di situ? Huhu.

Oleh kerana bimbangkan personaliti Ummi yang tak berapa nak melambangkan Muslimah sejati time ni..dan di tambah dengan result UPSR Ummi + aktiviti kokurikulum Ummi yang melampau aktif, membolehkan parents Ummi decide mana sekolah yang Ummi kene pergi.

So, pilihan parents Ummi adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring(SMKATJ) Kuala Terengganu yang sekarang nih dah di tukar nama ke Sekolah Menegah Kebangsaan Haji Abas. Sekolah ni kira one of the top school kat terengganu. Time tuh kene pakai tudung labuh kain jersey yg berat tuh. 1st time pakai rasa jalan kepala kene tarik ke belakang je. Setahunlah Ummi asyik nangis dan bagi 1001 alasan nak tukar sekolah. Tali sape pun tak layan. Dah naik tingkatan 2 barulah pandai redha. Time ni dah ramai kawan2 yang satu kepala. Dan disebabkan paksaan parents Ummi tuh ummi kekal sampai tingkatan 5.

Sebenarnya pernah buat percubaan nak tukar ke MRSM masa tingkatan 4. Tapi, untuk completekan form tuh, Ummi kene jumpa Mudir (pengetua) sekolah untuk dapatkan signature/approval. Dah kene phsycho ngan Mudir ( sekarang dah arwah, al fatihah), terus kuar bilik mudir tuh koyak form. Hahaha.

Tapi Ummi bersyukur di paksa ke SMKATJ. At least banyak jugak kebaikan dan hal2 keagamaan yang Ummi dapat pelajari. Kalo pegi sekolah lain, mungkin akan terus tenggelam dengan dunia sukan Ummi. Alhamdulillah sangat. Tapi sampai sekarang Ummi masih minat dengan aktiviti sukan. Hihi.

Lepas  sekolah menengah Ummi masuk UIA. Amik engineering. Tapi dalam banyak2 stage pendidikan, Ummi paling suka masa zaman Universiti. Bila kawan senior dok cerita, bila masuk U nanti akan teringat2 kat zaman sekolah. Tapi Ummi tak teringat pun. Hahaha. Bukannya kacang lupakan kulit, tapi life must goes on. Cheh, bulih ke guna perumpaan gini? Alaaaa kira boleh la.

Gambar kat bawah ni pulak adalah geng2 1st batch Automotive UIA. Sepatutnya pompuan ada 8. Tp ada 5 je dlm gambar. Lagi 3 MIA. Hihi

Ok. Baru dapat gambar complete kami. Bachelor of mechanical engineering (Automotive) Batch 2005. Completenya yang pompuan je tau. Yang laki masih tak complete.

Dah abis blaja, masa tunggu nak konvo tuh Ummi jadik Research Assistant jap. Lepas tu amik Certified Quality Engineering. Lepas tuh keje ngan Perodua. Sampai sekarang.
.
26 May 2007 - menamatkan zaman bujang Ummi bersama Mr Hardi Raimee A. Bakar.


14 Nov 2009 - Bergelar Ummi kepada seorang bidak hensem dan bijak :- Muhammad Ilman Lutfi bin Hardi Raimee. Ni baby biodex (amik set kesuburan biodex    alhamdulillah sebulan dah ada rezeki)

21 Jan 2013 - Bergelar Ummi kepada lagi seorang budak comey dan pintar..err ada sedikit "nakal" Cik Ruhil Deena binti Hardi Raimee. Ni baby Shaklee. :).

Lepas tu lagi, sekarang ni Ummi dah jadi Shaklee Independent Distributor. Start berkenalan dengan Shaklee masa mengandungkan Cik Ruhil 6 bulan. Vitamin pertama Ummi cuda adalah ESP. Mealshake beli gak bg En Ilman. Sampai sekarang masih setia dengan supplement Shaklee.

Ok. Setakat ni jelah cerita tentang Ummi.

Sambungan.....

25 Mei 2015 - Hahaha nak cerita gak.  Ummi dah tambah lagi seorang ummat Nabi Muhammad s.a.w. Naurah Sufi binti Hardi Raimee. Pun baby shaklee ni. Patutnya dijadualkan operate 27 mei 2015. Sbb doctornya ke US ada convocation 2 orang anaknya kat sana. Tapi perancangan Allah itu lebih baik. 25 mei 2015 kul 02.30hrs, bleeding. Pastu terus emergency operate kul 5.30am. Elok2 orang azan, bunyi dia nangis. Pastu stop kejap sebab doctor nazri(doctor yang bertugas masa tu) iqamatkan. Lepas tu sambung nangis balik.



Daa.




Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment