Siapa Doctor Z?

Asslamualaikum.

Tepat jam 5.45pm, hari khamis, ada seorang jejaka datang jumpa Ummi kat opis. Patutnya kul 5.45pm ni ummi dah prepare apa yang patut, tutup pc dan balik. Office hour Ummi 8am ~ 5.45pm, tapi kul 7.50am dah wajib ada kat "taisho" area untuk sesi mengaminkan doa dan bersenam. So maknanya Ummi kene parking kereta paling lewat kul 7.40am. 10 minit masa berjalan untuk sampai ke workstation.

Ok. Berbalik kepada cerita asal si jejaka. Sebelum ni memang selalu dengar orang dok bercerita pasal "doctor" kat department kitaorang nih. Sebab musababnya belumlah Ummi dapat pastikan. So, kenapa dia datang jumpa Ummi? Sebelum ni memang tak pernah berborak pun dengan dia. Bila dia muncul kat meja Ummi dan bagi salam, Ummi pun jawabla salam dia. Tapi ada sedikit curious jugakla.

Dengan senyuman yang manis, " Kak Ayu, kak ayu ada jual produk kan?" Errrrr Ummi memang terkejut dengan soalan tuh. Tapi biasalah, memang secara semulajadinya Ummi memang pandai mengawal keadaan di tambah pulak dengan makan bcomplex yang ebantu Ummi layan keadaan yang stress. Fuh sempat lagi tuh iklan bcomplex. Hahaha

Jadi, Ummi senyum balik dan jawab " a ah, banyak produk yang Ummi jual, tapi semuanya dari Shaklee, awak nak produk apa?"

Dia (selepas ini akan dikenali sebagai Dr Z), sambil menarik nafas dan mengurut dada " Lelah" sambil tersenyum lagi, itu perkataan yang keluar dari mulu Dr Z.

"Ooooo untuk lelah, Ummi jawabla ada. Tapi tetiba " eh eh kak, saya bukan nak ubat lelah, saya cakap saya lelah naik tangga ke opis ni tadi, tinggi sangat". Cheh, mamat ni, u make may day la hari ni dik. hahaha, walaupun kaki aku dah menggeletar nak balik ni..kulayankan jua. Ummi memang terror bab2 melayan customer ni. Tak percaya, cuba jadi customer Ummi.

Ok. " Awak nak produk untuk apa sebenarnya ni dik?" Soal Ummi lagi. "Nak ubat untuk cantik, yang boleh hilangkan jerawat!" Katanya. Ku belek2 muka Dr Z. "Err ubat untuk hilangkan jerawat? Mana jerawat awak?" Seriously, muka dia memang takde jerawat, kalo dia pandai shave muka dia, memang dah rupa eizlan yusuf. Pegi gym 3 4 bulan confirm leh jadi model. Masa tuh rasa je nak suruh dia ambil Cinch bagi bina otot2 dia.

"Taklah, saya nak produk yang boleh jaga kulit, yang boleh pelihara kulit saya ni". Masa ni dalam otak Ummi, ooo sebab ni ke orang panggil dia doctor. Ummi pun suggestkan dia ambil vitamin E. Sebab vitamin E ni bagus untuk memelihara kesuburan lelaki dan juga boleh jaga kulit Dr Z. So bila dah tanya harga, makan macam mana, tahan berapa lama, Dr Z pun setuju nak beli hujung bulan ni.

Haaa, dah abis cerita Dr Z ni, korang jangan lagi dok pikir vitamin shaklee nih untuk wanita je. Kononnya wanita je lah yang suka benda2 macam ni. Tengok Dr Z ni, bujang lagi, rasanya umur dia pun dalam awal 20an. Berusaha lari naik tangga yang menjunam tinggi ke opis Ummi ni. Sebab tahu Ummi ni jenis balik keje on time!



Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment