Resepi ikan cencaru

Salam semua...

Nak jugak share resepi paling senang...paling sedap...paling murah..
Ikan cencaru masak asam...haaa...ni barang rare...biasa kat kedai2 jual ikan cencaru sumbat...ikan cencaru masak taucu...
Kalau nak tahu...kami adik beradik masa kecik2 dulu mmg jadi lauk feveret ni..mak masakla 20 ekor ikan pun..still tak cukup..even sekarang pun..antara "must have lauk" yang mak kene masak kalo balik kampung or mak datang rumah..hihi..
Ingat dulu arwah ayah pernah cakap " untung ayah, anak2 suka makan ikan murah" hahaha

Haa nilah rupa ikan cencaru masak asam tuh...mungkin kalau guna pinggan correle lagi nampak menyerlah kesedapannya. Tapi takpela..dah pinggan free colgate ni je yang ada...


Haaa...nampak macam best tak? Kalo tak nampak pun...korang try masak dulu dan letak dalam pinggan correlle...mesti...best punya...

Kenapa ikan cencaru? Kalau nak tahu, ikan cencaru nih salah satu ikan laut dalam yang terkenal dengan kandungan Omega 3 nya. Alaaaa..Omega 3 yang ada EPA & DHA tu..jugak salah satu sumbe yang ada dalam OMEGA GUARD SHAKLEE tu. 
Penting ke Omega 3 nih? Memang penting. Penting sangat sangat. Terutamanya bagi anak2 dalam proces tumbesaran mereka.
Bezanya sumber omega 3 dari ikan dan Omega Guard ni adalah..

1) Dari ikan yang kita masak dan makan tuh takde specifik measurement brapa intake ke dalam nutrisi kita
2) kalo Omega Guard shaklee dah siap2 ada tulis brapa intake dan telah melalui proces clinical yang amat rapi dan intensive.(250juta tuh setahun shaklee labur untuk tujuan research produk2 dia)

Dua2 pun adalah berkhasiat...tapi ikan cencaru masak asam ni adalah delicious ..Hihi.

Aduh..mana resepinya nih. SABAR..SABAR..

Sebelum Ummi proceed pada resepi yang best ni...Ummi nak cerita sket pasal bezanya Omega Guard Shaklee:

Tengok muka budak excited nak makan omega guard...biasa lepas abis satu capsule mintak lagi...tapi..no..no..no...hihi..budak2 kecik mkn 2 hingga 3 biji je seminggu...
Nak tahu lebih lagi cara makan..kene jadi customer dulu lah...hihi





1) Diekstrak dari ikan laut dalam kat jepun nuh ( mackerel, sardin, herring & anchovies)
2) 3x lebih tumpat dari minyak hati ikan
3) Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia
4) Di hasillkan melalui process penyulingan proprietri 3 molekul untuk.mengekstrak asid lemak omega 3 paling tulen dan bebas dar bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium dan dioksin. 
5) 1 capsule Omega Guard ada 330 mg omega3 EFA, 180mg EPA, 120mg DHA...kalo tgkkan omega3 dalam ikan tuna adalah 1.2mg..salmon..1.6mg..tapi tak pasti plak ukuran tuh berdasarkan brapa gram ikan yg kita perlu ambil...hmm..senang mkn je la Omega Guard. Hihi

Manfaat Omega Guard
♥♥Membantu tumbesaran dan perkembangan otak dan memori
♥♥Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru2
♥♥Mencegah strok dan masalah saluran darah tersumbat
♥♥Membantu menentang cancer
♥♥Memelihara fungsi sendi
♥♥Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan 

Ok. Jom sekarang Ummi share resepi paling ringkas dan sedap..

Ni ha resepinya..

Bahan2 :
3 ekor ikan cencaru size lebih kurang 5inch panjang
3 sudu besar asam jawa
3 ulas bawang merah berdiameter 1inch
2 biji cili merah panjang 5inchi
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
2 gelas air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara2nya:
Bancuh asam jawa bersama sedikit air. Sedikit garam dan gula.
Potong bawang (mayang) dan cili merah dan masukkan ke dalam bancuhan asam jawa tadi..bawang merah yang dipotong nih asingkan sedikit untuk ditumis nanti.
Kat bawah ni gambar selepas dah guna untuk sumbat dalam ikan. Lebihan ni jagan buang nnt tambah je air yang 2 gelas tadi.
 Yang ni pulak gambar ikan yang dah setel di sumbat kat belakang dia dengan campuran bawang cili dan asam jawa tadi. Ummi cucuk guna lidi sebab tak nak bagi isinya terkeluar masa menggoreng. Biasa mak Ummi buat tak cucuk pun. Tulah bezanya orang berpengalaman ngan apprentice..hihi
Dah settle sumbat tuh..bolehla panaskan minyak dan goreng.

Sementara tunggu ikan yang di goreng tuh, panaskan kuali satu lagi...masukkan sesudu minyak masak..tumis lebihan bawang tadi dan masukkan air asam jawa (dari hasil lebihan campuran yang buat sumbat ikan tu) ke dalam kuali..masukkan kicap masin dan manis tadi..kemudian rasa. Kalo suka lebih masam boleh tambah asam jawa lagi. Masukkan garam secukup rasa. Dah menggelegak tutup api dan masukkan ikan yang siap di goreng. 

Taraaaaaa dah siap untuk di makan. Selamat menjamu selera.

Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment