HealthyWealthy with UmmiAyu
  • Laman Utama
  • Tentang Saya
  • Shaklee
    • Senarai Produk
    • Senarai Harga
  • Testimoni
  • Beli Online
Home Archive for October 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Adeh tajuk...dahla lama tak hapdet blog Ummi nih. Fuhh..fuhhh...tiup sket debu2 tu. Nasib baik blom bersawang. Haish...nak buat camana. Pembawakan. Bukak je blog rasa pening. Bukak je blog rasa nak muntah. Dah kene penyakit 'buatan orang' macam nila. Hahaha.

Kenapa jangan makan shaklee? Adeh. Ni cerita asal usul keluar dari mulut opismate Ummi. Hish..ada ke patut!!!!!? Tak patut langsung kan? Hahaha. Kenapa dia cakap camtuh? Hmmm ceritanya, minggu lepas temper Ummi nih dok tahap maximum. Pantang orang buat salah mulalah hangin satu badan. Tup tup depe tanya..awat lagu tu ayu? Huhu. Ummi pun jawablah "Pembawakan budak ni". Dan bermulalah episode "jangan makan shaklee" nih. Katanya sejak Ummi makan shaklee nih terlampau sihat. Tapi Ummi suka je. Cik Ruhil pun dah setahun 9 bulan. By the time adik cik Ruhil dan En Ilman keluar tengok dunia nanti..cik Ruhil dah 2 tahun setengah. Dh cukup besar kan. Psssssttt cik Ruhil.masih lagi BF tau. Hihi.

Dulu punyalah susah nak lekat kan? Hihi. Rupanya tak cukup nutrien badan ni. Tetiba teringat kata2 pakar nutrisi shaklee masa Ummi join kelas nutrisi dulu.


Haaa, tengok tuh. The power of vitamin dan mejaga kesihatan. Bukan saja boleh cantik, malah jadi sihat lagi. Apa lagi yang kita nak? Kalo duit banyak pun, tak sihat, tak berguna jugak kan?


Kata2 kawan Ummi yang jangan makan shaklee takut dapat anak tuh, jangan dok kisah. Dia tuh memang dah tak nak anak. Malas nak bangun malam kata isterinya. Hihi. Dia tak tahu kat luar sana tuh berapa ramai yang hari2 berusaha macam2 sebab nak anak kan? So, apa yang boleh kita usaha, kita usaha. Selebihnya serahkan pada Allah swt. Doa jangan lupa ye.

Okla. Selesai bebelan Ummi hari ni. Akhir kata, jom berSHAKLEE.


Kimia bukanla subjek kegemaran Ummi sebenarnya. Tapi cikgu Kimia adalah cikgu kegemaran Ummi. Hihi. 

Nama cikgu Kimia ni cikgu Hasnah. Memang best dia ngajar. Form 4 dan form 5. 

Cikgu hasnah jugakla yang selalu cubit Ummi sebab tak suruh budak2 dalam kelas bersihkan kelas masa form 4. Entah, masa ni Ummi penolong ketua darjah kot, ke AJK kebersihan kelas. Hahaha. Dah hilang dah memori Ummi. Tapi apa yang Ummi ingat, kali pertama percubaan cikgu Hasnah nak cubit bahagian bahu Ummi ni tak berkesampaian. Sebab dia tak tahu bahu Ummi tough, penuh otot, haha, xle cubit. Happy kemain Ummi time tuh. Lepas pada hari tuh..haaaaa, cikgu Hasnah dah tahu weak spot Ummi. Aduh!! Terpaksala tiap hari kompomkan kelas bersih!!!!!

Cikgu Hasnah ni, selain dari cara mengajarnya yang best, dia gak macam mak2 gitu. Time bagi nasihat memang best. Sokmo2 je tersenyum. Kecik comey je orangnya.

Itulah Cikgu Hasnah. Cikgu KiMia Ummi.
Cerita pasal zaman kanak Ummi. Satu benda yang tak pernah lupa dan Ummi rasa the sweetest memory. Adik beradik Ummi ramai, 15 orang. Tapi masa Ummi kecik2 rasanya 12 orang kot. Sebab lagi 3 orang tuh lahir selepas Ummi naik form 1. Maknanya, bila dah naik form 1, Ummi dah dok asrama. Dan banyak masa di habiskan kat asrama. Sekali sebulan je balik umah.

Masa standard 5 ngan standard 6 pun Ummi dah tak berapa lekat kat umah bila weekend. Selalu ada training netball or olahraga kat kuala terengganu. Yang memang kene dok hostellah kan.

Ok, zaman kecik2 Ummi. Paaaaling xle lupa, adalah activity "berkacang ngan yin" . Hahaa..apa bestnya pasal kacang ngan yin atau lebih glemer dengan nama kacang cap tangan ni?.  Ada yang tak kenal ke?


Macam best tak rupa kacang nih? Best kan?


Haaa, dulu2 2 atau 3 kali seminggu arwah ayah Ummi akan beli 2 bungkus kacang ngan yin. Yang mana kami hanya boleh makan lepas dinner and lepas abiskan home work. So, kami akan pulun buat homework before malam.

Sharp 8pm (waktu berita perdana nih), kami adik beradik (masa tuh yang kecik2 ada 6 orang- abang Ummi, Ummi dan 4 lagi adik bawah Ummi) akan bentang surat khabar depan tv dan bukak dua2 bungkus kacang ngan yin tuh.

Yang bestnya, hahaha..nak gelak..nak gelak ni, kami akan sanggup bukak kulit kacang tuh cepat2 dan bungkus dalam kelongsong yang di buat dari surat khabar tu. Semua bertanding nak sapa paling banyak. Yang kesiannya, adik2 yang kecik. 

Bila diingatkan balik, sebenarnya tak best pun makan kacang macam tuh, dah tak nikmat kacang dah. Kekadang masa nk makan dah lemau. Tapi sebab ada sifat nak dapat paling banyak, buat jugak.

Aktiviti gini jugak membuatkan kami adik beradik lagi rapat (walaupun time berebut2 nak bukak kulit kacang tuh mesti ada pergaduhan kecik). 

Bila diingat balik, rasa best pulak. Tapi sekarang kalo nak beli untuk anak2 sendiri, mesti pertimbangkan, takut batuk. Dulu2 padahal kita makan berbungkus2 tak batuk pun. Jauh benar beza antibodi kita zaman dulu ngan anak2 zaman sekarang. 

*rasa nak g beli kacang cap tangan plak jap lagi...nyum..nyum




Gajet kesayangan? Apa lagi? Electric breast pump la. Kira setanding ngan phone la ni. Kalo kata pagi2 nak g keje (ni zaman fully ebm), kalo tertinggalla salah satu dari child part breast pump ni, memang tak senang duduk. Huhu.

Masa Mr Ilman dulu, Ummi pakai Spectra 3. Memang puas hati. Walaupun berat (1.3kg) ku.kendong jua. Sampai Cik Ruhil umur 6 bulan pun Ummi masih pakai Spectra 3. 
--> KLIK GAMBAR UNTUK CERITA LANJUT

Pastu, masa umur Cik Ruhil 7 bulan, ada desas desus Ummi nak kene gi Jepun. Stok susu waktu xde problem. Kalo kata kene g 2 minggu pun lebih dari cukup. Tapi Ummi malasla nak galas mesin 1.3kg tu. Tu baru mesin, belum kira lagi ice pack dia. 

So bermulalah episode mencari breast pump yang ringan. Carik punya carik, last2 Ummi berkenan beli Rumble tuff. 350g. Wohooo..untuk 1kg tuh.

Tapi ada problem sket, banyak child part nk kene basuh each time lepas pam susu. Lagi pulak slicone cushion dia, bukan leh lap. Kalo guna tisu, mesti lekat bulu2 tisu tuh kat part tu.

Awal2 pakai tuh memang tension betul. Biasa 10 minit dah siap pam dapat 12oz paling kurang. Nih dah 20 minit pun belum dapat 7oz. Aduh. Mungkin tension sebabpikir lepas ni nak kene amik masa lebih cuci child parts.

Jom tengok child part dia. (GAMBAR DARI GOOGLE)

1) Breastshield Body (ummi punya double)

  2) Silicone shield

3) Electric Diaphgram Kit

4) Diaphgram
5) Valves


Last sekali, Ummi guna je corong spectra 3. Tapi guna pump rumble tuff. SETEL!!!




Ringan dapat, childpart pun tak banyak kene cuci. Ummi bukan malas, tapi keje Ummi nih takle la amik masa lama sgt untuk ngepam dan cuci alatan kan? 

Semoga bermanfaat untuk semua.


Sebenarnya bab lagu ni, Ummi memang fail. Seingat Ummi tak pernah ada sebuah lagu pun yang Ummi ingat keseluruhan liriknya. Bila nyanyi, mulalah ada lirik2 yang Ummi akan reka sendiri. Hahaha. Biasa yang akan menegur Ummi nyanyi salah lirik adalah husband Ummi.Tapi biasala kan sel2 otak Ummi selalu berhubung. Nak tahu apa Ummi jawab untuk cover kesalahan Ummi tu?

"Takpelah salah lirik je pun bukan dosa pun, jangan salah baca al-quran dah!" Hihi. Agak2 ada lagi ke orang nk tegur kalo jawab camtu?

Oklah jom kita masuk bab lagu cinta kegemaran ni. Masa zaman sekolah rendah dan menengah dulu zaman2 90-an gitu, memang minat sangat dok nyanyi lagu2 exist. Tapi macam biasala, nyanyi syok sendiri.

Zaman Sekolah Rendah
1) Lagu Search --> C.I.N.T.A
Haha, masa sekolah rendah dulu, cuti sekolah je.asyik dok lepak ngan sepupu kat umah nenek. umah nenek plak satu pagar dengan umah adik lelakinya yang anaknya 8 orang lelali dan sorang je pompuan. Fuhjhh, kul 10am je akann startlah pasang kaset (masa tu mana ada cd2 bagai lagi) kumpulan Search nih. Tapi yang lekat kat kepala otak Ummi ni memang lagu mengeja tu lah. C.I.N.T.A. Yang dari tak tahu apa2 pun jadi terngiang2 kat otak walaupun dah balik umah sendiri.

2) Lagu Exist --> Langkah Seiringan
Rasanya betul dah tajuk lagu ni. Lagu ni siap Ummi nyanyi masa masuk pertandingan myanyian kat sekolah. Darjah 4 ke 5 masa tuh. Ntah dah lupa. Tapi confirmla kan..tak menang. Haha mesti masa ni pun campur lirik reka sendiri.

Zaman Sekolah Menengah
3) Lagu Exist --> Masih terserlah ayumu...muhahahaha...ini adalah sebabnya ada nama "ayu". Dan sebab exist jugak.

Zaman UIA
4) Lagu photograph --> Mungkin kah. Haaa..lagu ni sebab setiap hari kul 7.15am memang Era Stesen Muzik Terkini akan putar lagu ni. Sampai Ummi pun dah bley hapal.

Zaman selepas Kahwin
5) Krispatih --> Tapi Bukan Aku. Lagu nih hari2 boleh dengar kat Umah. Tiap2 kali waktu mandi. Hahaha. Suami Ummi punya keje. Sampai Ummi pun dah bley hafal lirk sikit2. Bila time kene g team building, akan ada session karaoke. Lagu nihla yang Ummi nyanyi. Hahaha.





Awal bulan Mei 2014 arituh, pertama kali Ummi g jalan2 obersi dengan family (suami, anak2 , mak dan mertua). Gi mana? Hahaha Medan je pun. Tapi kira over the sea la kan? Sebenarnya jalan2 ni bukan jalan2 semata2. Balik Kampung Mertua!!!. Mak suami Ummi orang Medan. Lepas 7 tahun kawen, anak dah 2, baru nak g kenal famili belah sana. Oh my....

Sebelum ni susah nak plan..cuti Ummi ngan suami Ummi selalu tak seiring. Haaa kali ni kami dah plan siap2...masa plant shutdown company tempat Ummi keje, dah suh suami Ummi apply cuti terus, kebetulan cuti bersambung ngan labour day.

Takde apa yang best pun, cuma puas hatila dapat kenal saudara mara sebelah makmmertua Ummi. Siap bawak Mak Ummi berkenalan sekali. 

Jom tengok gambar2 yang sempat di snap. Tak banyak pun. Tapi bolehla buat kenangan. Ni gambar dr dalam phone je. Gambar lain2 semua ada ngan family sana. Depe printkan. Tapi ada dengan mertua kot.

SUBANG AIRPORT SEBELUM BERANGKAT KE MEDAN



DALAM TRAIN (6 JAM DARI MEDAN KE KISARAN)
Ruhilengamuk sepanjang perjalan sebab panas. Lencun baju dengan peluh. Terpakasa berdiri antara gerobok sambil bby carrier si ruhil. Tu pun tak.berjaya.buat dia senyap. Huhu. So dari Kisaran ke Medah, kami sewa kereta.


NAIK BECAK DARI TRAIN STATION KISARAN KE KAMPUNG (LUPA NAMA)
 

MALAM DI KISARAN
Biasa je . Happening.lagi uptown Danau kota..err uptown gombak pun lagi best. Tapi depe ada beca panjang berhias lampu. Tak spat nk snap gambar. Sbb Iman dan ruhil dah tidur.

PASAR SEMENTARA KISARAN(SEBAB PASAR ORIGINAL DAH TERBAKAR)

FAMILI PHOTO SEBELUM BERANGKAT KE MEDAN SEMULA
 

DANAU TOBA (SINGGAH DI TUK TUK)
Gambar shopping2 kat sini pun takde amik. Best shopping sini. Byk barang kraft. Tapi tak tahanla kene tarik tangan masuk each kedaimoleh penjual. Murah2 plak tu barang.


Muzium Batak. Ni susur galur famili mak mertua. Ketiruna SINAGAR. Kalo sesapa pernaj sampai Danau Toba ni,ang ada nama2 jalan nama SINAGAR..Owh Ummi kawen dengan ketirunan Batak..hahaha



FAMILI PHOTO MEDAN BEFORE BERANGKAT PULANG


*NOTA KAKI
Gambar shopping takde sebab masa shoping kat pasar ikan.lama tuh..mood dah ke laut sebab EN Ilman dan Cik Ruhil mengamuk kepanasan.

Subscribe to: Posts ( Atom )
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.

Saya AYU

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

Produk Shaklee

B-Complex Basic H Cinch Milk Shake CoQ10 ESP Herb-Lax Nutriferon Set Shaklee Shaklee Vita C Vita E Vita Lea

Pos Popular

  • Siapa Doctor Z?
    Asslamualaikum. Tepat jam 5.45pm, hari khamis, ada seorang jejaka datang jumpa Ummi kat opis. Patutnya kul 5.45pm ni ummi dah prepare apa...
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
    Assalamualaikum semua.  Sejak dua menjak ni banyak plak dok tgk orang post pasal cuci kasut sekolah anak guna pencuci serba guna shakle...
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
    Assalamualaikum. Bila taip tajuk ni, tetiba Ummi teringat cerita hindustan "My  Name is Khan". Ada sesapa tahu tak cerita nih...
  • Resepi ikan cencaru
    Salam semua... Nak jugak share resepi paling senang...paling sedap...paling murah.. Ikan cencaru masak asam...haaa...ni barang rare...b...
  • Tips Senang Kemas Rumah
    Assalamualaikum Tajuk tips kemas rumah, tapi sebenarnya Ummi nak share cara2 tak nak hilang stokin  dan cara nk cepat prepare baju anak2 ...

Tips Ayu

  • Cantik
  • Jalan-jalan
  • Resepi
  • Tips

Instagram

Pos Terkini

  • Siapa Doctor Z?
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
  • Resepi ikan cencaru
  • Tips Senang Kemas Rumah

Hubungi Ayu

Name

Email *

Message *

Arkib Blog

  • ►  2025 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  September (4)
    • ►  July (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (7)
  • ▼  2014 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ▼  October (6)
      • Jangan Makan Shaklee!!!??
      • Cikgu Kimia
      • Kacang Ngan Yin
      • Rumbletuff electric breast pump
      • Lagu-lagu cinta
      • Family Travel
    • ►  September (21)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2013 (4)
    • ►  June (4)
Copyright 2014 HealthyWealthy with UmmiAyu.
Created by OddThemes
Designed by salwasaleh.com