Lagu-lagu cinta

Sebenarnya bab lagu ni, Ummi memang fail. Seingat Ummi tak pernah ada sebuah lagu pun yang Ummi ingat keseluruhan liriknya. Bila nyanyi, mulalah ada lirik2 yang Ummi akan reka sendiri. Hahaha. Biasa yang akan menegur Ummi nyanyi salah lirik adalah husband Ummi.Tapi biasala kan sel2 otak Ummi selalu berhubung. Nak tahu apa Ummi jawab untuk cover kesalahan Ummi tu?

"Takpelah salah lirik je pun bukan dosa pun, jangan salah baca al-quran dah!" Hihi. Agak2 ada lagi ke orang nk tegur kalo jawab camtu?

Oklah jom kita masuk bab lagu cinta kegemaran ni. Masa zaman sekolah rendah dan menengah dulu zaman2 90-an gitu, memang minat sangat dok nyanyi lagu2 exist. Tapi macam biasala, nyanyi syok sendiri.

Zaman Sekolah Rendah
1) Lagu Search --> C.I.N.T.A
Haha, masa sekolah rendah dulu, cuti sekolah je.asyik dok lepak ngan sepupu kat umah nenek. umah nenek plak satu pagar dengan umah adik lelakinya yang anaknya 8 orang lelali dan sorang je pompuan. Fuhjhh, kul 10am je akann startlah pasang kaset (masa tu mana ada cd2 bagai lagi) kumpulan Search nih. Tapi yang lekat kat kepala otak Ummi ni memang lagu mengeja tu lah. C.I.N.T.A. Yang dari tak tahu apa2 pun jadi terngiang2 kat otak walaupun dah balik umah sendiri.

2) Lagu Exist --> Langkah Seiringan
Rasanya betul dah tajuk lagu ni. Lagu ni siap Ummi nyanyi masa masuk pertandingan myanyian kat sekolah. Darjah 4 ke 5 masa tuh. Ntah dah lupa. Tapi confirmla kan..tak menang. Haha mesti masa ni pun campur lirik reka sendiri.

Zaman Sekolah Menengah
3) Lagu Exist --> Masih terserlah ayumu...muhahahaha...ini adalah sebabnya ada nama "ayu". Dan sebab exist jugak.

Zaman UIA
4) Lagu photograph --> Mungkin kah. Haaa..lagu ni sebab setiap hari kul 7.15am memang Era Stesen Muzik Terkini akan putar lagu ni. Sampai Ummi pun dah bley hapal.

Zaman selepas Kahwin
5) Krispatih --> Tapi Bukan Aku. Lagu nih hari2 boleh dengar kat Umah. Tiap2 kali waktu mandi. Hahaha. Suami Ummi punya keje. Sampai Ummi pun dah bley hafal lirk sikit2. Bila time kene g team building, akan ada session karaoke. Lagu nihla yang Ummi nyanyi. Hahaha.





Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment