Kacang Ngan Yin

Cerita pasal zaman kanak Ummi. Satu benda yang tak pernah lupa dan Ummi rasa the sweetest memory. Adik beradik Ummi ramai, 15 orang. Tapi masa Ummi kecik2 rasanya 12 orang kot. Sebab lagi 3 orang tuh lahir selepas Ummi naik form 1. Maknanya, bila dah naik form 1, Ummi dah dok asrama. Dan banyak masa di habiskan kat asrama. Sekali sebulan je balik umah.

Masa standard 5 ngan standard 6 pun Ummi dah tak berapa lekat kat umah bila weekend. Selalu ada training netball or olahraga kat kuala terengganu. Yang memang kene dok hostellah kan.

Ok, zaman kecik2 Ummi. Paaaaling xle lupa, adalah activity "berkacang ngan yin" . Hahaa..apa bestnya pasal kacang ngan yin atau lebih glemer dengan nama kacang cap tangan ni?.  Ada yang tak kenal ke?


Macam best tak rupa kacang nih? Best kan?


Haaa, dulu2 2 atau 3 kali seminggu arwah ayah Ummi akan beli 2 bungkus kacang ngan yin. Yang mana kami hanya boleh makan lepas dinner and lepas abiskan home work. So, kami akan pulun buat homework before malam.

Sharp 8pm (waktu berita perdana nih), kami adik beradik (masa tuh yang kecik2 ada 6 orang- abang Ummi, Ummi dan 4 lagi adik bawah Ummi) akan bentang surat khabar depan tv dan bukak dua2 bungkus kacang ngan yin tuh.

Yang bestnya, hahaha..nak gelak..nak gelak ni, kami akan sanggup bukak kulit kacang tuh cepat2 dan bungkus dalam kelongsong yang di buat dari surat khabar tu. Semua bertanding nak sapa paling banyak. Yang kesiannya, adik2 yang kecik. 

Bila diingatkan balik, sebenarnya tak best pun makan kacang macam tuh, dah tak nikmat kacang dah. Kekadang masa nk makan dah lemau. Tapi sebab ada sifat nak dapat paling banyak, buat jugak.

Aktiviti gini jugak membuatkan kami adik beradik lagi rapat (walaupun time berebut2 nak bukak kulit kacang tuh mesti ada pergaduhan kecik). 

Bila diingat balik, rasa best pulak. Tapi sekarang kalo nak beli untuk anak2 sendiri, mesti pertimbangkan, takut batuk. Dulu2 padahal kita makan berbungkus2 tak batuk pun. Jauh benar beza antibodi kita zaman dulu ngan anak2 zaman sekarang. 

*rasa nak g beli kacang cap tangan plak jap lagi...nyum..nyum




Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment