HealthyWealthy with UmmiAyu
  • Laman Utama
  • Tentang Saya
  • Shaklee
    • Senarai Produk
    • Senarai Harga
  • Testimoni
  • Beli Online
Home Archive for 2014
Assalamualaikum.

Pagi tadi Ummi up status pasal Vitamin D membantu masalah jaundis kepada bayi. Tetiba ada seseorang komen bertanyakan apa kaitan Jaundis dengan Vitamin D dan Kalsium.

Sebelum menjawab soalan, Ummi nak belanja satu testimoni berkenaan jaundis.


KALSIUM VS VITAMIN D
Kenapa Ostematrix Shaklee? Camana Ostematrix atau lebih dikenali sebagai kalsium Shaklee nih boleh bantu masalah jaundis pada bayi?

Untuk pengetahuan semua, di dalam Ostematrix terkandung Vitamin D yang membantu penyerapan Kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan kerangka badan.


VITAMIN D VS JAUNDIS



Vitamin D pula merupakan vitamin larut lemak yang membantu memecahkan bilirubin menjadi soluble composition dan boleh dikumuhkan. Secara normalnya hati akan memecahkan composition bilirubin yang dihasilkan menjadi larut sesuai pada masanya. Tetapi bayi yang baru lahir, adakalanya hati belum ready untuk melakukan tugasannya. di sini lah fungsi Vitamin D. 

APA ITU BILIRUBIN?

Secara teorinya, kalsium dan vitamin D membantu kelancaran usus. Jadi, dengan cukupnya kalsium dan vit D dalam pada bayi, bayi akan mudah berak dan seterusnya mengeluarkan bilirubin.


CARA MENENTUKAN TAHAP BILIRUBIN DALAM BADAN

KHIDMAT NASIHAT

Jadi, untuk ibu yang sedang mengandung, di nasihatkan memastikan kalsium dan vitamin D cukup untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung. Jika vitamin D dan kalsium tidak mencukupi bagi bayi yang dikandung, ianya akan di ambil dari tulang belakang Ibu sedikit demi sedikit. 

Semoga bermanfaat.

Selamat malam.

Assalamualaikum.

Selamat hari isnin. Hari pertama bulan terakhir 2014. Cepatnya masa berlalu. Hari camana 11 bulan kita yang lepas. Semoga setiap hari adalah hari2 yang bertambah baik. Kalau ada yang terkurang anggapla semua tu ujian dari Allah untuk kita.

Hari ni Ummi nak share pasal tips kecantikan. Pasal supplement penting untuk tubuh dalam menjaga kecantikan. Ummi tak nak cakap byk. Cukup nak kumpulkan poster2 yang Ummi buat berkenaan 3 cara mudah untuk cantik ni. Harap membantu korang semua. Umumnya pada adik2 yang umurnya masih muda remaja. Hihi. Berapa tu? Alaaaa..kalo Ummi senang nak kelaskan..muda remaja ni umur sebelum 30-an. Hihi..kira Ummi ni golongan dah tak muda remaja dah la...


Petikan kata2 kat atas tuh, Ummi petik masa pegi kelas Bisnes kat Shaklee bulan lepas. Kata2 dari seorang Master yang dah lama dalam shaklee. So dari sini Ummi suka nak share pasal ketiga2 produk ni in term of macam mana dia membantu kita dalam menjaga kecantikan. Bersempena pulak bulan December ni promo BUY 6 FREE 1 VITAMIN C dan VITAMIN E, memang berbaloi sangat baca ni. Hihi. Memang bulan cantik bulan ni. Bulan orang kenduri kawen. Hahaha..errrr ada kaitan ke?

1) SUSTAINED RELEASE VITAMIN C




2) VITAMIN E


3) ESP


Seperti yang dijanjikan, hari ni memang Ummi betul2 belanja gambar poster je. Harap cukup bagi info pada korang. Selamat beramal.

iklan tak berbayar:
>> PROMOSI DECEMBER 2014 <<


Take care korang.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Adeh tajuk...dahla lama tak hapdet blog Ummi nih. Fuhh..fuhhh...tiup sket debu2 tu. Nasib baik blom bersawang. Haish...nak buat camana. Pembawakan. Bukak je blog rasa pening. Bukak je blog rasa nak muntah. Dah kene penyakit 'buatan orang' macam nila. Hahaha.

Kenapa jangan makan shaklee? Adeh. Ni cerita asal usul keluar dari mulut opismate Ummi. Hish..ada ke patut!!!!!? Tak patut langsung kan? Hahaha. Kenapa dia cakap camtuh? Hmmm ceritanya, minggu lepas temper Ummi nih dok tahap maximum. Pantang orang buat salah mulalah hangin satu badan. Tup tup depe tanya..awat lagu tu ayu? Huhu. Ummi pun jawablah "Pembawakan budak ni". Dan bermulalah episode "jangan makan shaklee" nih. Katanya sejak Ummi makan shaklee nih terlampau sihat. Tapi Ummi suka je. Cik Ruhil pun dah setahun 9 bulan. By the time adik cik Ruhil dan En Ilman keluar tengok dunia nanti..cik Ruhil dah 2 tahun setengah. Dh cukup besar kan. Psssssttt cik Ruhil.masih lagi BF tau. Hihi.

Dulu punyalah susah nak lekat kan? Hihi. Rupanya tak cukup nutrien badan ni. Tetiba teringat kata2 pakar nutrisi shaklee masa Ummi join kelas nutrisi dulu.


Haaa, tengok tuh. The power of vitamin dan mejaga kesihatan. Bukan saja boleh cantik, malah jadi sihat lagi. Apa lagi yang kita nak? Kalo duit banyak pun, tak sihat, tak berguna jugak kan?


Kata2 kawan Ummi yang jangan makan shaklee takut dapat anak tuh, jangan dok kisah. Dia tuh memang dah tak nak anak. Malas nak bangun malam kata isterinya. Hihi. Dia tak tahu kat luar sana tuh berapa ramai yang hari2 berusaha macam2 sebab nak anak kan? So, apa yang boleh kita usaha, kita usaha. Selebihnya serahkan pada Allah swt. Doa jangan lupa ye.

Okla. Selesai bebelan Ummi hari ni. Akhir kata, jom berSHAKLEE.


Kimia bukanla subjek kegemaran Ummi sebenarnya. Tapi cikgu Kimia adalah cikgu kegemaran Ummi. Hihi. 

Nama cikgu Kimia ni cikgu Hasnah. Memang best dia ngajar. Form 4 dan form 5. 

Cikgu hasnah jugakla yang selalu cubit Ummi sebab tak suruh budak2 dalam kelas bersihkan kelas masa form 4. Entah, masa ni Ummi penolong ketua darjah kot, ke AJK kebersihan kelas. Hahaha. Dah hilang dah memori Ummi. Tapi apa yang Ummi ingat, kali pertama percubaan cikgu Hasnah nak cubit bahagian bahu Ummi ni tak berkesampaian. Sebab dia tak tahu bahu Ummi tough, penuh otot, haha, xle cubit. Happy kemain Ummi time tuh. Lepas pada hari tuh..haaaaa, cikgu Hasnah dah tahu weak spot Ummi. Aduh!! Terpaksala tiap hari kompomkan kelas bersih!!!!!

Cikgu Hasnah ni, selain dari cara mengajarnya yang best, dia gak macam mak2 gitu. Time bagi nasihat memang best. Sokmo2 je tersenyum. Kecik comey je orangnya.

Itulah Cikgu Hasnah. Cikgu KiMia Ummi.
Cerita pasal zaman kanak Ummi. Satu benda yang tak pernah lupa dan Ummi rasa the sweetest memory. Adik beradik Ummi ramai, 15 orang. Tapi masa Ummi kecik2 rasanya 12 orang kot. Sebab lagi 3 orang tuh lahir selepas Ummi naik form 1. Maknanya, bila dah naik form 1, Ummi dah dok asrama. Dan banyak masa di habiskan kat asrama. Sekali sebulan je balik umah.

Masa standard 5 ngan standard 6 pun Ummi dah tak berapa lekat kat umah bila weekend. Selalu ada training netball or olahraga kat kuala terengganu. Yang memang kene dok hostellah kan.

Ok, zaman kecik2 Ummi. Paaaaling xle lupa, adalah activity "berkacang ngan yin" . Hahaa..apa bestnya pasal kacang ngan yin atau lebih glemer dengan nama kacang cap tangan ni?.  Ada yang tak kenal ke?


Macam best tak rupa kacang nih? Best kan?


Haaa, dulu2 2 atau 3 kali seminggu arwah ayah Ummi akan beli 2 bungkus kacang ngan yin. Yang mana kami hanya boleh makan lepas dinner and lepas abiskan home work. So, kami akan pulun buat homework before malam.

Sharp 8pm (waktu berita perdana nih), kami adik beradik (masa tuh yang kecik2 ada 6 orang- abang Ummi, Ummi dan 4 lagi adik bawah Ummi) akan bentang surat khabar depan tv dan bukak dua2 bungkus kacang ngan yin tuh.

Yang bestnya, hahaha..nak gelak..nak gelak ni, kami akan sanggup bukak kulit kacang tuh cepat2 dan bungkus dalam kelongsong yang di buat dari surat khabar tu. Semua bertanding nak sapa paling banyak. Yang kesiannya, adik2 yang kecik. 

Bila diingatkan balik, sebenarnya tak best pun makan kacang macam tuh, dah tak nikmat kacang dah. Kekadang masa nk makan dah lemau. Tapi sebab ada sifat nak dapat paling banyak, buat jugak.

Aktiviti gini jugak membuatkan kami adik beradik lagi rapat (walaupun time berebut2 nak bukak kulit kacang tuh mesti ada pergaduhan kecik). 

Bila diingat balik, rasa best pulak. Tapi sekarang kalo nak beli untuk anak2 sendiri, mesti pertimbangkan, takut batuk. Dulu2 padahal kita makan berbungkus2 tak batuk pun. Jauh benar beza antibodi kita zaman dulu ngan anak2 zaman sekarang. 

*rasa nak g beli kacang cap tangan plak jap lagi...nyum..nyum




Gajet kesayangan? Apa lagi? Electric breast pump la. Kira setanding ngan phone la ni. Kalo kata pagi2 nak g keje (ni zaman fully ebm), kalo tertinggalla salah satu dari child part breast pump ni, memang tak senang duduk. Huhu.

Masa Mr Ilman dulu, Ummi pakai Spectra 3. Memang puas hati. Walaupun berat (1.3kg) ku.kendong jua. Sampai Cik Ruhil umur 6 bulan pun Ummi masih pakai Spectra 3. 
--> KLIK GAMBAR UNTUK CERITA LANJUT

Pastu, masa umur Cik Ruhil 7 bulan, ada desas desus Ummi nak kene gi Jepun. Stok susu waktu xde problem. Kalo kata kene g 2 minggu pun lebih dari cukup. Tapi Ummi malasla nak galas mesin 1.3kg tu. Tu baru mesin, belum kira lagi ice pack dia. 

So bermulalah episode mencari breast pump yang ringan. Carik punya carik, last2 Ummi berkenan beli Rumble tuff. 350g. Wohooo..untuk 1kg tuh.

Tapi ada problem sket, banyak child part nk kene basuh each time lepas pam susu. Lagi pulak slicone cushion dia, bukan leh lap. Kalo guna tisu, mesti lekat bulu2 tisu tuh kat part tu.

Awal2 pakai tuh memang tension betul. Biasa 10 minit dah siap pam dapat 12oz paling kurang. Nih dah 20 minit pun belum dapat 7oz. Aduh. Mungkin tension sebabpikir lepas ni nak kene amik masa lebih cuci child parts.

Jom tengok child part dia. (GAMBAR DARI GOOGLE)

1) Breastshield Body (ummi punya double)

  2) Silicone shield

3) Electric Diaphgram Kit

4) Diaphgram
5) Valves


Last sekali, Ummi guna je corong spectra 3. Tapi guna pump rumble tuff. SETEL!!!




Ringan dapat, childpart pun tak banyak kene cuci. Ummi bukan malas, tapi keje Ummi nih takle la amik masa lama sgt untuk ngepam dan cuci alatan kan? 

Semoga bermanfaat untuk semua.


Sebenarnya bab lagu ni, Ummi memang fail. Seingat Ummi tak pernah ada sebuah lagu pun yang Ummi ingat keseluruhan liriknya. Bila nyanyi, mulalah ada lirik2 yang Ummi akan reka sendiri. Hahaha. Biasa yang akan menegur Ummi nyanyi salah lirik adalah husband Ummi.Tapi biasala kan sel2 otak Ummi selalu berhubung. Nak tahu apa Ummi jawab untuk cover kesalahan Ummi tu?

"Takpelah salah lirik je pun bukan dosa pun, jangan salah baca al-quran dah!" Hihi. Agak2 ada lagi ke orang nk tegur kalo jawab camtu?

Oklah jom kita masuk bab lagu cinta kegemaran ni. Masa zaman sekolah rendah dan menengah dulu zaman2 90-an gitu, memang minat sangat dok nyanyi lagu2 exist. Tapi macam biasala, nyanyi syok sendiri.

Zaman Sekolah Rendah
1) Lagu Search --> C.I.N.T.A
Haha, masa sekolah rendah dulu, cuti sekolah je.asyik dok lepak ngan sepupu kat umah nenek. umah nenek plak satu pagar dengan umah adik lelakinya yang anaknya 8 orang lelali dan sorang je pompuan. Fuhjhh, kul 10am je akann startlah pasang kaset (masa tu mana ada cd2 bagai lagi) kumpulan Search nih. Tapi yang lekat kat kepala otak Ummi ni memang lagu mengeja tu lah. C.I.N.T.A. Yang dari tak tahu apa2 pun jadi terngiang2 kat otak walaupun dah balik umah sendiri.

2) Lagu Exist --> Langkah Seiringan
Rasanya betul dah tajuk lagu ni. Lagu ni siap Ummi nyanyi masa masuk pertandingan myanyian kat sekolah. Darjah 4 ke 5 masa tuh. Ntah dah lupa. Tapi confirmla kan..tak menang. Haha mesti masa ni pun campur lirik reka sendiri.

Zaman Sekolah Menengah
3) Lagu Exist --> Masih terserlah ayumu...muhahahaha...ini adalah sebabnya ada nama "ayu". Dan sebab exist jugak.

Zaman UIA
4) Lagu photograph --> Mungkin kah. Haaa..lagu ni sebab setiap hari kul 7.15am memang Era Stesen Muzik Terkini akan putar lagu ni. Sampai Ummi pun dah bley hapal.

Zaman selepas Kahwin
5) Krispatih --> Tapi Bukan Aku. Lagu nih hari2 boleh dengar kat Umah. Tiap2 kali waktu mandi. Hahaha. Suami Ummi punya keje. Sampai Ummi pun dah bley hafal lirk sikit2. Bila time kene g team building, akan ada session karaoke. Lagu nihla yang Ummi nyanyi. Hahaha.





Awal bulan Mei 2014 arituh, pertama kali Ummi g jalan2 obersi dengan family (suami, anak2 , mak dan mertua). Gi mana? Hahaha Medan je pun. Tapi kira over the sea la kan? Sebenarnya jalan2 ni bukan jalan2 semata2. Balik Kampung Mertua!!!. Mak suami Ummi orang Medan. Lepas 7 tahun kawen, anak dah 2, baru nak g kenal famili belah sana. Oh my....

Sebelum ni susah nak plan..cuti Ummi ngan suami Ummi selalu tak seiring. Haaa kali ni kami dah plan siap2...masa plant shutdown company tempat Ummi keje, dah suh suami Ummi apply cuti terus, kebetulan cuti bersambung ngan labour day.

Takde apa yang best pun, cuma puas hatila dapat kenal saudara mara sebelah makmmertua Ummi. Siap bawak Mak Ummi berkenalan sekali. 

Jom tengok gambar2 yang sempat di snap. Tak banyak pun. Tapi bolehla buat kenangan. Ni gambar dr dalam phone je. Gambar lain2 semua ada ngan family sana. Depe printkan. Tapi ada dengan mertua kot.

SUBANG AIRPORT SEBELUM BERANGKAT KE MEDAN



DALAM TRAIN (6 JAM DARI MEDAN KE KISARAN)
Ruhilengamuk sepanjang perjalan sebab panas. Lencun baju dengan peluh. Terpakasa berdiri antara gerobok sambil bby carrier si ruhil. Tu pun tak.berjaya.buat dia senyap. Huhu. So dari Kisaran ke Medah, kami sewa kereta.


NAIK BECAK DARI TRAIN STATION KISARAN KE KAMPUNG (LUPA NAMA)
 

MALAM DI KISARAN
Biasa je . Happening.lagi uptown Danau kota..err uptown gombak pun lagi best. Tapi depe ada beca panjang berhias lampu. Tak spat nk snap gambar. Sbb Iman dan ruhil dah tidur.

PASAR SEMENTARA KISARAN(SEBAB PASAR ORIGINAL DAH TERBAKAR)

FAMILI PHOTO SEBELUM BERANGKAT KE MEDAN SEMULA
 

DANAU TOBA (SINGGAH DI TUK TUK)
Gambar shopping2 kat sini pun takde amik. Best shopping sini. Byk barang kraft. Tapi tak tahanla kene tarik tangan masuk each kedaimoleh penjual. Murah2 plak tu barang.


Muzium Batak. Ni susur galur famili mak mertua. Ketiruna SINAGAR. Kalo sesapa pernaj sampai Danau Toba ni,ang ada nama2 jalan nama SINAGAR..Owh Ummi kawen dengan ketirunan Batak..hahaha



FAMILI PHOTO MEDAN BEFORE BERANGKAT PULANG


*NOTA KAKI
Gambar shopping takde sebab masa shoping kat pasar ikan.lama tuh..mood dah ke laut sebab EN Ilman dan Cik Ruhil mengamuk kepanasan.


Apa itu obses? Ni yang sempat Ummi google semalam. Obses ni tak semestinya berkisar kepada apa yamg kita suka sahaja.  "Keadaan terlalu memikirkan sesuatu, sesuatu yang kerap menghantui fikiran".

Biasa kalau kita dengar je perkataan obses ni, dengan sendirinya otak kita akan membayangkan, ketaksuban diri kita dengan benda2 yang menjadi kegilaan kita. Benda2 yang terlampau kita inginkan. Obses dengan seseorang kerana terlalu CINTA. Obses dengan FESYEN. Obses dengan KERETA.  Obses dengan LAGU. Dan baaaaanyak lagi!!!

Ummi? Saaaangaaaaat Obses dengan Sang SEMUT. Huhu. Kenapa semut? Aduh, boleh dikatakan, bila nampak je semut seekor kat rumah ni, Ummi akan caaaaari sampai jumpa kawan2 dia. Bila dah jumpa sekelompok semut yang banyak, mulalah terasa meremang bulu roma Ummi. Ummi akan cari cara camana nak bagi semut-semut tuh hilang dari pandangan Ummi. Biasa Ummi akan beli ubat semut (dalam plastic silver rm1=sepeket). Ubat semut ni biasanya ada jual kat kedai2 cina. Letak kat 3 @4 tempat laluan semut2 tuh. Dalam masa 3 hari mesti akan jumpa bangkai2 semut je. 

Ya Allah, memang selalu kene bebel ngan suami Ummi. Kenapa nk bunuh semut2 tu? Tapi kalo yak buat macam tu depe akan lebih2 lagi bermaharajalela. Nak2 pulak rumah Ummi ni ada budak kecik yang selalunya makan berterabur sana sini. Aduh cepat akalah jadi tumpuan semut2 berkumpul. Lepas tu mulalah nak tidur garu sana sini (anak2 Ummi) sampai pedih2 kesan garu tuh. Memang tak tahan.

Orang kata semut pembawa rezeki. Tak elok bunuh semut. Tapi, korang ada cara lebih baik ke daripada tabur ubat2 semut yang buat semut2 mati? Bagilah tips kat Ummi kalo2 korang ada cara bagi semut tuh tak kacau hidup Ummi dengan tak membunuh semut2 tu.

Sila komen ye kalo ada cara lagi bagus.
Blog kegemaran? Confirmed Paultan!!! Hahaha. Kenapa? Kenapa? Kenapa Paultan. Nak buat camana, memang Paultan ni suka tulis pasal automotive. Pasal benda yang Ummi suka. 

Haaa yang paling best, kadang tuh, kereta yang dikeluarkan oleh syarikat Ummi (amboi, macam syarikat ni bapak aku yang punya!!!! Hahaha gelak jahat), ok ok Ummi betulkan, syarikat tempat Ummi makan gaji, haa baru betul. Sambung balik, kereta baru dalam development yang syarikat Ummi akan keluarkan pun Paultan dah buat review dulu. Ummi yang keje kat kilang ni pun kadang tak tahu detail macam yang dia tulis. Hahaha. Yelah bukan semua orang dalam kilang ni terlibat secara terus dengan setiap new model yang akan dikeluarkan.

Tulah, sebab tu dalam setiap syarikat akan ada P&C. Haissshhhh sapalah tukang bosor rahsia tu kan?huhu. Tak baik tau!!! Ummi tak pernah buat ye. Walaupun Ummi terlibat secara terus dengan development ALZA dulu. Tak pernah terniat nak amik gambar ke, nak cerita kat suami ke ( haaa kau, kat suami pun tak cerita). Biarlah dah launching nanti baru orang tahu kan? Barulah nama dia surpriseeeeee!!!! Ngeee


Memang best kan baca pasal2 gosip nih. Tapi gosip pasal automotive ni memang best. Dia tak sama ngan gosip2 yang bagi pahala kat orang lain tu. Alaaaa gosip2 yang jenis bila kota bergosip, orang yang kita bualkan tuh dapat pahala, kita yang dok pot pet pot pet nih makin berat pulak rasa bahu sebelah kiri. OMG, pembaca2 kesayangan Ummi sekalian, sila jauhkan perkara2 sebegini ye. Hihi ( teguran khidmat masyarakat!!)

Ok...cau sin ciiiiiii. 

"MERAH MENYALA SEMANGAT WAJA"
"PUTIHMU BERSIH BUDI PEKERTI"
"KUNING BERDAULAT, LAMBANG NEGARA"
"BIRU PERPADUAN RAKYAT SEMUA"


Waaaahhh patriotik Ummi pagi2 isnin ni. Bersemangat sket nak g keje. Mana ada masa nak monday blues ni..hahaha

Hari ni nak cerita warna kegemaran. Kalo tengok barang2 Ummi, memang rasanya banyak warna merah. Sejauh mana kegilaan Ummi dengan warna merah ni? Takla gila sangat lagi. Masih waras. Hahaha. Cumanya bila pakai tidung merah ke baju merah ke memang rasa bertenaga sangat.

Tetiba teringat zaman2 dok universiti dulu2...hah gitu..memang dulu2 sangat, dah hampir 20 tahun kot tinggalkan zaman universiti. Zaman universiti dulu, Ummi memang suka pilih kelas start pukul 8pagi, kalau boleh kul 3.30 ptg ke atas tuh dah free, dah boleh buat aktiviti workshop untuk minor projek. So, bila kelas kul 8 pagi ni, nak2 kalo malamnya tuh stay up sebab nak siapkan assignment yang selalunya memang disiapkan di saat2 akhir. Biasanyaakan tidur lepas solat subuh. Hahaha. Pasti mulala terjaga semput2 pukul 8. Mualalah gelabah gosok gigi, cuci muka dan sarung baju merah. Kasi aura segar dan bertenaga. Kalo tak jumpa baju merah pakai baju oren. Hahaha.

Jom tengok apa barang2 Ummi yang warna merah.

1) Kereta (dah umur 8 tahun ni)
Kete ni banyak jasanya. Walaupun dah banyak kali kene kutuk dek kawan2 opis, Ummi tetap sayang kamu! Walau ada penggantinya nanti, kamu tetap jadi no.1. Hihi. Love you so much. Muahhh..muahhh!
Gambar ni masa tukar oxygen sensor. Simptom --> simbol engine checked menyala tak henti2, brake rasa loose dan minyak cepat habis.



2) Beg sandang
Sorryla korang. Beg Ummi bukan kelas2 beg DIVA. Huhu. Tapi beg ni cukup besar untuk letak 2 pasang persalinan en. Ilman dan cik ruhil beserta kain napkin dan 2 ketoi diapers.



3) Sandle
Sandle nih pernah jadi pelakon utama dalam cerita Ummi sakit lutut. Kalo nak tahu cerita lanjut boleh klik gambar.





4) Cover telefon
Hah tengok tuh. Baru pakai 3 bulan. Dah ada kesan2 grafity hasil tangan Cik Ruhil. Minat sungguh dia.

Ni antara barang harian yang Ummi guna. Selain dari bagi aura bertenaga, cergas dan berani, lagi satu warna merah ni senang nampak. Kalo tersalah campak mana2 telefon Ummi nih, senang nak cari. Hahaha

Apa warna kegemaran korang? Jom share.
Salam semua.
Soalan! Siapa ada simpan tali pusat anak2? Ummi ada simpan. Ni sebabnya kata orang tua, kalau nak anak2 tak bercakaran, hati saling ingat mengingat dan anak2 selalu tolong menolong walaupun dah berkeluarga sendiri nanti.

Orang tua-tua cakap, simpan tali pusat diaorang ni dan ikat sama2. Gambar kat bawah ni tali pusat anak2 Ummi. Siap labelkan nama masing2 lagi. Hihi.


Ummi simpan tali pusat ni dalam plastik. Then Umi gulung2 kemas2, pastu ikat.


Kene simpan tempat elok ni. Kang kalo orang yang tak tahu nampak, dibuangnya lak. Hihi. Ke patut Ummi letak tagging? Hmmm

Feel free to komen ya.

Salam semua dan selamat pagi. Pagi2 sabtu nih Ummi sukalah nak cerita pasal kecantikan. Sambil2 pakai mask kat muka pastu berangan lepas basuh muka nanti terus bertuka jadik Neelofa. Haaaa gitu. Neelofa ko. Ummi nih memang suka sgtla tengok si Neelofa tuh. Pulak sekarang ni dia dah bertidung bertambah2 suka Ummi nak tengok muka dia. Alahaiiii sib baiklah Ummi tak pegnan sekarang ni. Kalo tak mahu anak Ummi lahir kang ada iras2 Neelofa. Huhu. Ada hati!!! Ngeh2.

Entri kali ni Ummi bukan nak cerita pasal Ummi bermasker ngan ESP ke, Vit E ke, vit C ke, Kolagen ke @ apa2 lah yang macam entri Ummi awal2 bulan hari tu. Alaa pasal entri Ummi yang ajk korang cantik macam Neelofa tuh. Aduh, Neelofa lagi. Mahu tersedak nasi kerabu budu lebih yang tengah Neelofa makan buat bekpes sekarang ni. Hahaha.
Cerita cantik macam Neelofa sila korang Klik SINI ya.
Sekarang Ummi nak cerita pasal CoQ10. Sebut pasal CoQ10 nih ramai yang akan relate kan dengan penyakit kardiovaskular kan.

APA ITU COQ10?

Sebelum tu Ummi nak tanya korang, pernah dengar tak CoQ10 nih? Tahukah CoQ10 ni apa? CoQ10 ni sebenarnya singkatan daripada Coenzym  Q10. Jumlah CoQ10 nih yang tertinggi adalah di dalam jantung. Dan jumlah tertinggi CoQ10 dalam badan adalah ketika umur kita 20 tahun. Hmmm patutla pada umur 20tahun kita rasa kesihatan dan kecantikan kita adalah pada tahap paling bagus kan?

CoQ10 nih fungsi utamanya adalah untuk beri tenaga pada jantung. Maksudnya dia kuatkan otot jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Tahu ke korang jantung pam berapa mali dalam sehari? Haaa kalo korang nak tahu, purata jantung mengepam sehari adalah 100K. Wohooooo, subhanallah, hebatnya kuasa Allah.
So macam mana kaitannya kekuatan jantung ngan kecantikan nih? Haa tadikan Ummi ada tulis, CoQ10 nih kuatkan jantung kita untuk mengepam. So, kalo jantung kita kuat dan boleh melakukan kerjanya dengan  baik, sekaligus, segala nutrien yang kita makan akan di pam ke seluruh badan sebelum nutrient tuh termusnah sebelum dia melakukan fungsinya. Huhu...sedihkan?   Makan vit c, makan vit e makan kolagen bagai..tapi jantung xle pam dengan sempurna. Rugi sangat.

Pastu kalo nak tahu, CoQ10 ni jugak pelindung UV semulajadi. Haaa sebab tu lah Ummi cakap, dengan CoQ10 ni pun kita boleh dapat kulit yang cantik. Free dari bintik2 hitam jeragat yang disebabkan dari sinar UV.

BERAPA JUMLAH COQ10 YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN, APAKAH SUMBERNYA?

Kita memerlukan 28gram CoQ10 sehari. Camana nak dapatkan 28gram ni? Kita boleh dapat dari pemakanan kita. Boleh refer gambar kat bawah ni. Ni adalah contph2 makanan yang mengandungi CoQ10. Setiap kuantiti yang Ummi tulis untuk setiap sumber tuh membekalkan 28gram CoQ10 kepada badan kita.

Wohooo...mampu ke nak mkn sebotol peanut butter sehari? atau 850grm daging sehari? atau 1.7kg ayam sehari? 

Tak apa ada cara senang. Beli je CoQ10 kat farmasi. Tapi hati2 memilih, kerana kebanyakkan CoQ10 adalah diperbuat daripada "tobacco". Nak laaaagi senang order je CoQHealth Plus ni ngan Ummi. Sah2 1 tablet dah ada 28gm CoQ10. Tak payah sebok2 nak makan hampir sekilo daging or nak mkn sebotol peanut butter sehari.


Apa istimewanya CoQHealth Plus?
1) Ada CoQ10 yang diekstrak daripada Yis
2) Ada teh Hijau
3) ada Vitamin  E

Ok. Sekian sharing dari Ummi untuk hari ni.






Impian? Ok. Masa form 1 dulu pernah ada satu projek buat buku scrap. Dalam buku scrap tuh antaranya, owh bukan 1st page sebenarnya kene tulis pasal "Impian Saya".

Ok. Memang gambar motor berkuasa tinggi yang Ummi letak 1st page buku scrap tuh. Tapi gambar kat atas tu hanya illustrasi yang dikidnap dari En. Google. Yang pasti motor berkuasa besar yang Ummi letak dalam buku scrap Ummi tuh memang kaler merah. Time tu abang Ummi yang lukis dalam buku lukisan dia. Ummi gunting dan tampal dalam buku scrap. Hahaha.

Masa tunggu result SPM, Ummi pernah mintak ngan arwah ayah Ummi nak amik lesen B full. Tapi tak berjaya. Arwah ayah registerkan lesen B2 ngan C je. Haha. Tapi Ummi memang biasa bawak motor berclutch. Dulu2 biasa Ummi rwmpit pakai RXZ jelah tapi.

Ok. So, tu cerita zaman2 hingusan. Zaman sekarang ni orang dah tak letak impian kat dalam buku scrap dah orang tampal kat dinding besaq2. Orang panggil "Vision Board", pastu tampal je kat tempat senang nampak. Senang kata tempat yang selalu kita dok pandang. Senang nak sedarkan otak kita agar sentiasa berusaha ke arah impian kita tuh.


WAHM (Work at Home Mother). Impian Ummi, by 2016, Ummi akan keje dari rumah.

KENAPA TAK NAK MAKAN GAJI?

Senang nak bagi tumpuan pada family. Mertua dan mak sendiri pun umur dah makin meningkat. Bila2 masa je mereka perlukan lebih hospitality dari kita.


KENAPA 2016? 

Sebab tahun nih Ilman dah darjah 1. Senang nak monitor. Kang kalo Ummi keje, malam je baru nak tgk homework dia, dengan kita yang penat lagi, takut Ilman plak stress. Sambil2 boleh mengajar Ruhil membaca.


TAPI KENAPA WORK AT HOME, BUKAN STAY AT HOME?

Sebab banyak lagi Ummi nak sumbangkan. Ummi masih ada 3 orang adik yang masih skolah. Mak Ummi tak keje. Ayah dah xde. Sedikit sebanyak Ummi nak jugak menyumbang pada mereka. Lagi satu masih ada hutang PTPTN. Sebab tu gambar kat Vision Board Ummi semuanya gambar family. 

Biasa orang akan letak gambar kereta@gambar rumah. Hmm bukan Ummi tak nak, tapi buat masa sekarang blom rasa lagi nak letak benda tu semua. kene utamakan dulu yang mana satu. Tapi kalo benda tu datang sekali harung, lagi Alhamdulillah kan? 

Oklah dah berjaya yang ni nanti Ummi tukar Vision Board lain. Dah ada dah dalam perancangan nih. Stay tuned ok.







Subscribe to: Posts ( Atom )
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.

Saya AYU

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

Produk Shaklee

B-Complex Basic H Cinch Milk Shake CoQ10 ESP Herb-Lax Nutriferon Set Shaklee Shaklee Vita C Vita E Vita Lea

Pos Popular

  • Siapa Doctor Z?
    Asslamualaikum. Tepat jam 5.45pm, hari khamis, ada seorang jejaka datang jumpa Ummi kat opis. Patutnya kul 5.45pm ni ummi dah prepare apa...
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
    Assalamualaikum semua.  Sejak dua menjak ni banyak plak dok tgk orang post pasal cuci kasut sekolah anak guna pencuci serba guna shakle...
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
    Assalamualaikum. Bila taip tajuk ni, tetiba Ummi teringat cerita hindustan "My  Name is Khan". Ada sesapa tahu tak cerita nih...
  • Resepi ikan cencaru
    Salam semua... Nak jugak share resepi paling senang...paling sedap...paling murah.. Ikan cencaru masak asam...haaa...ni barang rare...b...
  • Tips Senang Kemas Rumah
    Assalamualaikum Tajuk tips kemas rumah, tapi sebenarnya Ummi nak share cara2 tak nak hilang stokin  dan cara nk cepat prepare baju anak2 ...

Tips Ayu

  • Cantik
  • Jalan-jalan
  • Resepi
  • Tips

Instagram

Pos Terkini

  • Siapa Doctor Z?
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
  • Resepi ikan cencaru
  • Tips Senang Kemas Rumah

Hubungi Ayu

Name

Email *

Message *

Arkib Blog

  • ►  2025 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  September (4)
    • ►  July (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (7)
  • ▼  2014 (33)
    • ▼  December (1)
      • Cara elak jaundis di kalangan bayi baru lahir
    • ►  November (1)
      • 3 cara mudah untuk cantikkan kulit
    • ►  October (6)
      • Jangan Makan Shaklee!!!??
      • Cikgu Kimia
      • Kacang Ngan Yin
      • Rumbletuff electric breast pump
      • Lagu-lagu cinta
      • Family Travel
    • ►  September (21)
      • Obses
      • Blog kegemaran
      • Merah Menyala Semangat Waja
      • Petua Jaga Tali Pusat Bayi
      • Cantik dengan CoQ10
      • Vision Board
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2013 (4)
    • ►  June (4)
Copyright 2014 HealthyWealthy with UmmiAyu.
Created by OddThemes
Designed by salwasaleh.com