HealthyWealthy with UmmiAyu
  • Laman Utama
  • Tentang Saya
  • Shaklee
    • Senarai Produk
    • Senarai Harga
  • Testimoni
  • Beli Online
Home Archive for February 2015
Assalamualaikum.

Masih mood bercuti. Masih nak update cerita pasal kampung. Hari ni pasal makanan. Nyum.nyum.nyum. Yummyyyyyyyy.

Gambar dari Facebook : Faizal 

Hmmm. Nak jugak letak gambar yang diambil dari FB member Ummi nih. Sebab gambar ni ada udang celup tepung yang gebu gebas gitu.  Masa Ummi stop makan, udang tak naik lagi. Hahaha. Awal sangat sampai. Kul 10am. Tapi Alhamdulillah, sotong celup tepung dah ada.
2 ekor sotong : rm 25 + rm18
Ikan : rm5

Haaaa yang ni, Ummi makan kat kedai Nabila Pesisir Pantai. Kalau dari Besut ke Kuala Terengganu, kedai ni sebelah kiri. Memang tepi laut. Haaa..pagi2 dah pekene kelapa muda sebijik sorang. Best!!!.

Activiti Ilman dan Ruhil

Sambil-sambil menunggu order sampai ke meja. Ni lah aktiviti si Ilman dan Ruhil. Main pasir pantai. Nampak tak Ilman? Nun kat hujung nun, yang pakai baju merah jugak sama ngan Ruhil.

Tengah berusaha nak abiskan Ikan.

Ikan yang rm5 sekor ni memang besar. Tak mampu si Ruhil nak abiskan. Share2 dengan kucing. Tapi jangan tak tau kucing2 kat sini demand. Tulang, kepala ikan memang tak layan Makan isi ikan je. Huhu.


Dah abis sepinggan sotong Ilman

Huhu. Dah makan seafood banyak2 nih mesti takut kolestrol naik. Nak2 hubby Ummi tuh. Yang semenjak dua menjak ni rajin bebeno ke gym sebab katanya badan dah naik. Tapi tak apa, untuk masalah kolestrol tuh kami ada ni.

Nah. Ni satu cara untuk membantu.



1) Phytocol ST - Elok di ambil semasa makan. Particle fitesterol dalam phytocol yang sama size ngan kolestrol akan bertindak sebagai penghalang di dinding usus daripada memasuki kapilari darah dan menangkap particle kolestrol dan dikumuhkan.

2) Omega Guard - Membantu membakar lemak yang sudah lama di dalam kapilari darah dan dikumuhkan.

3) Alfalfa - Memudahkan proces perkumuhan.

Harap faham explaination Ummi yang rasanya mudah kot. Ke nak kene ayat scientific? Hihi. Kalau nak tahu lanjut boleh terus tanya Ummi ye.

Selamat menjamu selera.






Assalamualaikum

Apasal plak nak cerita pasal cermin pandang belakang nih? Sebenarnya teringat kisah balik kampung rabu malam yang lepas. Masa tuh kul 2am. Dekat LPT.



Asalnya plan nk tidur dulu before gerak balik kampung. Lagilah plak memang tak packing pun lagi. Tapi sampai je umah dari opis dalam kul 6.45pm gitu, husband cakap nak gerak awal. Lambat kang takut banyak kete plak. Husband pun dah siap packingkan mana2 yang perlu. OKlah. Setel mandi cuci baju semua dlm kul 8pm. 8.30 dah kuar umah. Sejarah ni. Tak pernah kul 8.30pm dah kuar umah. Biasa kul 10pm koman2.

Sebab dah agak akan ngantuk, Ummi dah siap bancuh PD ngan CINCH tea Mix.



Ai gambar contoh Bancuhan PD je. Saje je nak memeriahkan entri nih. Hahaha. Gambar sebenar tak sempat snap. Kalo campurkan dengan cinch tea mix lagi gelap kaler dia. Nnt kalo ada rezeki Ummi snap gambar sebenar..

OK, berbalik pada cerita kul 2am, time ni Ummi yang drive, sebab pertama, Hubby dah ngantuk, sebab ke dua, tak tahan dengan si Ruhil yang nak tidur atas perut Ummi je. Hahaha.

LPT:- drive 140kph pun rasa macam 90kph je. Time nih bawah flyover beberapa kilometer sebelum sampai tol jabor yang nak u-turn ke ke k.trg tuh. 

Mata Ummi asyik dok tengok inner mirror (cermin pandang belakang), sebab dalam hati terdetik, laju2 nya kete kat sini. Aku dah tekan 140kph pun macam tak rasa apa. Tetiba, aiyyyak, betul2 bawah flyover tuh ada tersusun kon kat lane kiri dalam 50meter. Maknanya 1 lane je yang bukak. Takde construction apa pun. Terus tekan brek, dalam hati, kalo tak stop jugak, memang akan langgar je kon2 tuh, nak ke kiri semua kete laju, alhamdulillah, xde kete belakang Ummi. Alhamdulillah, sempat elak dari langgar kon tuh dan ke lane kanan, sebab kete2 yang laju sebelah kanan tuh ada dua biji je belakang kete Ummi.  

Sampai sekarang dok terpikir. Apalah kon2 tuh buat kat situ. Padahal xde apa pun kat jalan tuh. Pastuh dok pikir jugak, sebab tulah x elok dok pandang cermin pandang belakang je memanjang, yang kat depan nun lagi banyak yang perlu diperhatikan. lagi pandang ke depan lagi luas boleh tengok. Cermin pandang belakang tuh, untuk kita tengok sebagai peringatan je. Dah kita tinggal pun yang belakang tuh, makin kita bergerak ke depan, makin tak nampak apa2 yang belakang tuh.

Akhir kata, drive carefully. Depan lagi banyak dan penting untuk di tuju berbanding belakang yang dah lama ditinggalkan. Tapi yang belakang tu jugak penting untuk dijadikan peringatan. Peringatan je tau. Bukan benda untuk di fikirkan secara melampau hingga lupa yang depan.
Assalamualaikum.
Hari ni rasa cam nak bercerita pasal Shaklee. Dari mana datangnya nama Shaklee ni?
Seringkali nampak orang menulis "sheikh-keli, Syak-kali".

Haa, kalau nak tahu Shaklee ni adalah nama pengasas Shaklee. DR. FOREST SHAKLEE. Yup dia seorang Doctor. Yup nama orang. So pada sesiapa yang suka bagi "gelaran" yang bukan2 tu harap boleh stopla lepas ni. Walau anda tak suka dengan product shaklee, janganla panggil nama yang bukan2. Walau apa pun niat korang, still kalo diri kita sendiri digelar dengan nama yang bukan2 kita akan marah. Rasulullah tak suka tau panggil orang dengan gelaran yang bukan2. Haishhh betul2 tidak mengikut sunnah Rasulullah.

Macam mana di awal penceburan Dr Shaklee dalam dunia Vitamin? Al-kisahnya, Dr Shaklee.telah di diagnosiskan mempunyai penyakit cancer. Bila je tahu dia ada penyakit cancer, dia ambil keputusan untuk balik ke kampung halaman dan berubat secara traditional. Ayah Dr. Shaklee ni adalah seorang farmer. Semasa di kampung la Doctor Shaklee telah menemui ramuan untuk buat vitamin pertama di Dunia iaitu Vitalea. Daripada awal didiagnose hidup cuma beberapa bulan kerana cancer, Dr. SHAKLEE mampu hidup berpuluh tahun dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Vitamin" adalah asal perkataan dari Vitalized-Mineral yang di "short cut" kan menjadi vitamin. Asalnya Vitalea ni di perkenalkan dalam bentuk cecair sebelum ianya di ubah ke bentuk yang lebih senang untuk di ambil iaitu tablet.

Vitalea : masa mula2 dicipta. Cecair.

Setelah di-improvised dalam bentuk tablet --> cantikkan gambar keratan rentas ni? So kao vitalea korang naik tompok2 itam tuh, bukan kulat ye. Hihi.still boleh mkan. 


Walaupun dah di "tablet"kan, ianya cepat larut. Anda boleh bereksperimen dengan multivitamin lain.

Setelah Dr Shaklee berpuas hati dengan Vitalea yang diciptanya, dia berhajat nak kongsi kebaikan vitalea nih dengan semua orang. Pada awal tuh, kawan2 Dr Shaklee nih ragu2 jugak bila Dr Shaklee nak guna nama sendiri sebagai "Brand" vitalea ni. Kawan Dr Shaklee nih tak yakin kalo guna nama Shaklee vitalea nih akan terjual. Tapi jawapan Dr Shaklee best. Dr Shaklee cakap dia bukan nak jual tetapi nak "Sharing" kebaikan. Maka bermulalah episod Syarikat Supplement Shaklee.

Sedikit Info pasal Vitalea.

Selamat menjalani cara hidup sihat. 



Assalamualaikum.


Apa yang korang paham pasal kata2 kata atas.? Positive!!! Yup kata2 semangat !!! Yup kata2 yang boleh bawa seribu kebaikan.

Terlalu POSITIVE untuk di NEGATIVEkan. Tapi pagi semalam,  sambil2 tunggu solat subuh, sempat ku belek 1st chapter dari buku JUTAWAN MLM tulisan Razzi Armansur. Sempat catat note pasal kata2 di atas je semalam. Hari ni rasa nak uraikan sket pasal ayat tuh.

"LARI DARI API"
Tajuk chapter pertama dari buku ni. Apa yang dimaksudkan dengan kata2 " kalau kita berlatih untuk jadi sempurna akan jadi sempurna". At the first place, ayat ni bunyinya posotive sangat. Tapi bila baca keseluruhan cerita, teringat pulak cerita KATAK yang dokk dalam air dan dipanaskan. Untuk sesapa yang blom tahu pasal cerita katak ni? Meh nak cerita.

Katak, kalau dia lompat ke air yang panas, dia akan terus lompat keluar. Tapi kalau dia dah dok dlm air yang asalnya sejuk, then kita panaskan air tuh, katak akan mati kepanasan. Kenapa? Sebab dalam pada suhu air meningkat secara berperingkat, katak ingat dia boleh adjust diri dia follow suhu air yang sedang meningkat (masa nilah yg dikatakan- berusaha jadi sempurna), tapi lama kelamaan, badan dia sendiri dah tak mampu nk tahan dan mati.

Macam penebar roti canai, kalau kita yang tak biasa, akan rasa roti canqa yg lepas di goreng tuh panas, dan akan terus letak Balik roti canai tuh. Tapi penebar roti canai dah berlatih menjadikan sesuatu yang abnormal tu, menjadi sempurna bagi dia. Tanpa dia sedari, receptor tapak tangan dia dah pun rosak.

Yang nak diceritakan di sini, kita tak boleh selamanya berada dalam keadaan sekarang. Jangan terlalu rasa selesa dengan keadaan yang sebenarnya kita sendiri pun tak selesa. Dalam keadaan nak.bagi duit pada parents pun berkira2. Dalam keadaan nak hantar anak ke sekolah yang bagus pun berkira2.

Berusaha untuk menjadi lebih baik. Berusaha untuk jadi golongan 5% reality check.


Semoga impian jadi kenyataan. AMIN.

Assalamualaikum.

Rasa macam sesaja nak menulis. Siang tadi ada kelas Wheel of Life 2 jam  yup 2 jam. Tapi rasa macam 10 minit je. Sedar2 dah dapat amanat buat assignment. Hahaha.


BELIEVE!!!
Teringat zaman kecik2 dulu. Zaman sekolah rendah. Masa ni baru diperkenalkan Brick Game. Masa tuh rege dia rm38 satu. Memang satu jumlah yg besar . Tapi masa tuh yakin sangat, diri sendiri akan dapat gak beli brick game tu. Tak berapa bulan lepas tuh, memang Ummi mampu beli. Duit simpanan sendiri.

Zaman kanak-kanak memang best. Selalu rasa dapat apa yang kita nak. Sebab masa tuh kita takde keraguan. Yang ada cuma keyakinan.

Dah besar2, tua2 macam ni, selalu je ada keraguan. Nak berenti keje, tapi mampu ke nak hidup kat dunia tanpa duit sendiri? Nanti boleh ke nak beli barang2 yang kita suka tanpa mintak dengan suami? Banyak sangat TAPI.

Tak yakin ke dengan Allah? Tak yakin ke dengan diri sendiri macam masa kecik2 dulu?

Masa zaman sekolah dulu suka sangat pasukan beruniform. Sampai.memang niat keje nanti nk yang pakai uniform. Yup memang keje sekarang tak perlu nk pilih2 baju. Uniform je. Nak keje professional. Yup sekarang dah jadi engineer. Nak merasa bawak kete sendiri, bawak adik2 jalan2..shopping2..before kawen. Yup sempat buat semua tu setahun. Even dah kawen pun masih lagi buat. Tapi kadang2 pakai kete suami. Hihi.

Salah ke nak berangan lagi? Nak pakai Vellfire. Lagi besar. Lagi ramai boleh muat. Lagi ramai boleh bawak g jalan2. Shopping2.

Dulu masa form 3 selalu berangan nak g jepun. Nak makan udon mee. Nak makan sushi. yup sekarang keje dengan syarikat based dia jepun. Dah sampai pun Jepun. Osaka. Tokyo. Hiroshima.

Salah ke nak berangan lagi? Nak g Australia. Perth. Adelaide. Nak rasa makan fish and chips dari ikan dori yang bukan dibekukan. Nak dukung koala bear. Bawak suami anak2.

Tak salah. Tak salah. Cuma pasang niat. Yakin dan berusaha ke arah itu. Yakinlah yang kita ada Allah. Pemberi segala nikmat. Pemilik segala kekayaan. Yang tahu segala apa yang ada di bumi dan langit. Selalu ingat Allah dalam apa jua yang kita buat. Ada masalah, mengadu dengan Allah. Bukan facebook. Bukan twitter.

Tetiba teringat Naruto. Dari kagen bunshin no jutsu yang lembik lemah dan selalu kene gelak. Sampai dialah Master Kagen Bunshin No Jutsu. Ada apa dengan kata2 orang. Gelak tawa orang. Ejekan orang. Yang penting kepuasan diri sendiri. keyakinan nak jadi Hokage. Kecintaan pada Sakura yang sampai sanggup bergadai nyawa mengejar Sasuke.

Ok. Cukup setakat ni. Moga bermanfaat. Hihi. Tetiba serius pulak entri kali ni. Err sekadar ingatan untuk diri sendiri.

>>>TAK PERNAH SALAH UNTUK BERMIMPI YANG INDAH2.



Asal ada kemahuan, keyakinan, usaha dan tawakkal. IN SHA ALLAH. 
Salam semua,

Alkisahnya, semalam time lunch ada sorang hamba Allah ni datang tanya  vitamin untuk immune system anak dia. Errr hamba Allah ni my ex-bos sebenarnya...haha..ooopss bukan nak cite pasal ex-bos ummi la..nak cite pasal vitamin ni. 

Sebab tengah mencekik patin gulai tempoyak yang kebetulan plak isi ikan patin tuh ada kaler2 pink gitu, Ummi rasa macam takde mood sangat. ( tapi nasik Ummi habis Ok, sbb ada pajeri terung ngan goreng kacang botol). Ummi just kata OK, nnt saya suggest yang bersesuaian ngan anak bos. Huhu. Agak2 dia rasa mcm dilayan tak dilayan tak? Hahah. Adeh.

Pastu, balik umah malam tadi baru teringat kat janji masa lunch tadi. Dan masa ni otak dah leh berfikir waras. Sebenarnya anak bos eh ex-bos Ummi tu ada masalah resdung. So, Ummi siap2kan poster cantik2 konon2nya nak gain balikla suasana layan tak layan masa dia tanya kat kedai makan siang tadi.

Tadaaaaa..cantik ke? Alaaaa. Bolehla tu..hahaha. Yang penting dia dah setuju nak beli. Kira berjaya jugak teknik poster memoster nih.

Owh, knapa ada cadangan multivitamin jugak tu? Hmmm,, sebab Ummi pun pengidap resdung tegar dulu, paham sangatla dengan pemakanan orang resdung ni. Mesti nutrient tak complete punya . Sebab banyak bend yang nk kene pantang. Kalau tak pantang makan,sendiri ingatla kesannya kan? 

Nak tengok testimoni Ummi sendiri pasal resdung, boleh klik sini.
http://butikvitamin.blogspot.com/2014/09/kerana-budushaklee-jadi-habuan.html? m=1

Terima kasih sebab sudi membaca.
 :)
Assalamualaikum semua. 

Sejak dua menjak ni banyak plak dok tgk orang post pasal cuci kasut sekolah anak guna pencuci serba guna shaklee. Ummi pun rasa geram je nak cuba. Tapi dok tgk kasut Ilman tuh masih elok putih lagi. Korek punya korek jumpala kasut Ilman yang 2 tahun lepas. Memang terbaiklah keadaan kasut tuh untuk buat experimen. Hahaha. Jom belanja sekeping gambar 

Haaa..jangan lupa FOKUS kita...kasut Ilman yang 2 tahun lepas ye. Hahaha. Sekali tengok dah tau kan mana satu yang baru dan mana satu kasut lama. Meh2 Ummi closed up kan gambar. Bukan apa, susah jugak kalo salah paham kan? Krik..krik..krik..


Haaaa...memang tak sia2 usaha Ummi carik kasut lama si Ilman nih. Memang menjadila. Tapi xdelah nampak macam baru beli kasut tuh. (Ish..kalo nmpk mcm baru marah pulak BATA nanti. X laku dia) errr kasut tuh jenama B.First. hihi. Iklan untuk bata jap.

Ummi berus skit2 je kasut tuh lepas rendam sejam lebih. Tak naik pun muscle Ummi ni. Haha. 3-4x gosok je. Kata nak buat experiment. Kasut baru tuh lagilah..x gosok langsung. Bilas2 ala kadar pastu jemur. Dah kering, memang puas hati result dia dengan usaha menggosok Ummi yang ala kadar tuh.

Sapa nak test leh bagitau Ummi. Murah je sebotol. Hihi. 
Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan mencuci. Even dlm tangki air wiper  kete Ummi lun letak basic H jugak. Tak rugi pun kalo beli.

Sedikit Fakta tentang Basic H:
1) Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
2) Biorosot
3) Tanpa Fosfat
4) Tanpa bahan pewangi
5) pH yang seimbang
6) Tanpa klorin
7) Tanpa bahan kimia berbahaya
8) Tanpa toksik
9) Sebotol ada 16 oz yang boleh dicairkan dengan 16 gelen air
10) Tidak perlu dibilas (paling best Ummi guna letak.je dlam spray mop masa nk ngemop lantai)

Lagi cerita pasal ke"power"an basic h? Boleh klik sini
http://butikvitamin.blogspot.com/2013/06/cerita-basic-h-shaklee.html? m=1

Ok harap bermanfaat untuk ibu2 ye.
Subscribe to: Posts ( Atom )
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.

Saya AYU

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

Produk Shaklee

B-Complex Basic H Cinch Milk Shake CoQ10 ESP Herb-Lax Nutriferon Set Shaklee Shaklee Vita C Vita E Vita Lea

Pos Popular

  • Siapa Doctor Z?
    Asslamualaikum. Tepat jam 5.45pm, hari khamis, ada seorang jejaka datang jumpa Ummi kat opis. Patutnya kul 5.45pm ni ummi dah prepare apa...
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
    Assalamualaikum semua.  Sejak dua menjak ni banyak plak dok tgk orang post pasal cuci kasut sekolah anak guna pencuci serba guna shakle...
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
    Assalamualaikum. Bila taip tajuk ni, tetiba Ummi teringat cerita hindustan "My  Name is Khan". Ada sesapa tahu tak cerita nih...
  • Resepi ikan cencaru
    Salam semua... Nak jugak share resepi paling senang...paling sedap...paling murah.. Ikan cencaru masak asam...haaa...ni barang rare...b...
  • Tips Senang Kemas Rumah
    Assalamualaikum Tajuk tips kemas rumah, tapi sebenarnya Ummi nak share cara2 tak nak hilang stokin  dan cara nk cepat prepare baju anak2 ...

Tips Ayu

  • Cantik
  • Jalan-jalan
  • Resepi
  • Tips

Instagram

Pos Terkini

  • Siapa Doctor Z?
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
  • Resepi ikan cencaru
  • Tips Senang Kemas Rumah

Hubungi Ayu

Name

Email *

Message *

Arkib Blog

  • ►  2025 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2015 (13)
    • ►  September (4)
    • ►  July (1)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (7)
      • Best sangat ke makanan Terengganu?- Hanya di Penarik
      • Cermin Pandang Belakang
      • Shaklee tu apa?
      • Positive
      • Just Do It!
      • Penawar Resdung
      • Cara senang cuci kasut sekolah anak
  • ►  2014 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (21)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2013 (4)
    • ►  June (4)
Copyright 2014 HealthyWealthy with UmmiAyu.
Created by OddThemes
Designed by salwasaleh.com