Just Do It!

Assalamualaikum.

Rasa macam sesaja nak menulis. Siang tadi ada kelas Wheel of Life 2 jam  yup 2 jam. Tapi rasa macam 10 minit je. Sedar2 dah dapat amanat buat assignment. Hahaha.


BELIEVE!!!
Teringat zaman kecik2 dulu. Zaman sekolah rendah. Masa ni baru diperkenalkan Brick Game. Masa tuh rege dia rm38 satu. Memang satu jumlah yg besar . Tapi masa tuh yakin sangat, diri sendiri akan dapat gak beli brick game tu. Tak berapa bulan lepas tuh, memang Ummi mampu beli. Duit simpanan sendiri.

Zaman kanak-kanak memang best. Selalu rasa dapat apa yang kita nak. Sebab masa tuh kita takde keraguan. Yang ada cuma keyakinan.

Dah besar2, tua2 macam ni, selalu je ada keraguan. Nak berenti keje, tapi mampu ke nak hidup kat dunia tanpa duit sendiri? Nanti boleh ke nak beli barang2 yang kita suka tanpa mintak dengan suami? Banyak sangat TAPI.

Tak yakin ke dengan Allah? Tak yakin ke dengan diri sendiri macam masa kecik2 dulu?

Masa zaman sekolah dulu suka sangat pasukan beruniform. Sampai.memang niat keje nanti nk yang pakai uniform. Yup memang keje sekarang tak perlu nk pilih2 baju. Uniform je. Nak keje professional. Yup sekarang dah jadi engineer. Nak merasa bawak kete sendiri, bawak adik2 jalan2..shopping2..before kawen. Yup sempat buat semua tu setahun. Even dah kawen pun masih lagi buat. Tapi kadang2 pakai kete suami. Hihi.

Salah ke nak berangan lagi? Nak pakai Vellfire. Lagi besar. Lagi ramai boleh muat. Lagi ramai boleh bawak g jalan2. Shopping2.

Dulu masa form 3 selalu berangan nak g jepun. Nak makan udon mee. Nak makan sushi. yup sekarang keje dengan syarikat based dia jepun. Dah sampai pun Jepun. Osaka. Tokyo. Hiroshima.

Salah ke nak berangan lagi? Nak g Australia. Perth. Adelaide. Nak rasa makan fish and chips dari ikan dori yang bukan dibekukan. Nak dukung koala bear. Bawak suami anak2.

Tak salah. Tak salah. Cuma pasang niat. Yakin dan berusaha ke arah itu. Yakinlah yang kita ada Allah. Pemberi segala nikmat. Pemilik segala kekayaan. Yang tahu segala apa yang ada di bumi dan langit. Selalu ingat Allah dalam apa jua yang kita buat. Ada masalah, mengadu dengan Allah. Bukan facebook. Bukan twitter.

Tetiba teringat Naruto. Dari kagen bunshin no jutsu yang lembik lemah dan selalu kene gelak. Sampai dialah Master Kagen Bunshin No Jutsu. Ada apa dengan kata2 orang. Gelak tawa orang. Ejekan orang. Yang penting kepuasan diri sendiri. keyakinan nak jadi Hokage. Kecintaan pada Sakura yang sampai sanggup bergadai nyawa mengejar Sasuke.

Ok. Cukup setakat ni. Moga bermanfaat. Hihi. Tetiba serius pulak entri kali ni. Err sekadar ingatan untuk diri sendiri.

>>>TAK PERNAH SALAH UNTUK BERMIMPI YANG INDAH2.



Asal ada kemahuan, keyakinan, usaha dan tawakkal. IN SHA ALLAH. 

Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment