Best sangat ke makanan Terengganu?- Hanya di Penarik

Assalamualaikum.

Masih mood bercuti. Masih nak update cerita pasal kampung. Hari ni pasal makanan. Nyum.nyum.nyum. Yummyyyyyyyy.

Gambar dari Facebook : Faizal 

Hmmm. Nak jugak letak gambar yang diambil dari FB member Ummi nih. Sebab gambar ni ada udang celup tepung yang gebu gebas gitu.  Masa Ummi stop makan, udang tak naik lagi. Hahaha. Awal sangat sampai. Kul 10am. Tapi Alhamdulillah, sotong celup tepung dah ada.
2 ekor sotong : rm 25 + rm18
Ikan : rm5

Haaaa yang ni, Ummi makan kat kedai Nabila Pesisir Pantai. Kalau dari Besut ke Kuala Terengganu, kedai ni sebelah kiri. Memang tepi laut. Haaa..pagi2 dah pekene kelapa muda sebijik sorang. Best!!!.

Activiti Ilman dan Ruhil

Sambil-sambil menunggu order sampai ke meja. Ni lah aktiviti si Ilman dan Ruhil. Main pasir pantai. Nampak tak Ilman? Nun kat hujung nun, yang pakai baju merah jugak sama ngan Ruhil.

Tengah berusaha nak abiskan Ikan.

Ikan yang rm5 sekor ni memang besar. Tak mampu si Ruhil nak abiskan. Share2 dengan kucing. Tapi jangan tak tau kucing2 kat sini demand. Tulang, kepala ikan memang tak layan Makan isi ikan je. Huhu.


Dah abis sepinggan sotong Ilman

Huhu. Dah makan seafood banyak2 nih mesti takut kolestrol naik. Nak2 hubby Ummi tuh. Yang semenjak dua menjak ni rajin bebeno ke gym sebab katanya badan dah naik. Tapi tak apa, untuk masalah kolestrol tuh kami ada ni.

Nah. Ni satu cara untuk membantu.



1) Phytocol ST - Elok di ambil semasa makan. Particle fitesterol dalam phytocol yang sama size ngan kolestrol akan bertindak sebagai penghalang di dinding usus daripada memasuki kapilari darah dan menangkap particle kolestrol dan dikumuhkan.

2) Omega Guard - Membantu membakar lemak yang sudah lama di dalam kapilari darah dan dikumuhkan.

3) Alfalfa - Memudahkan proces perkumuhan.

Harap faham explaination Ummi yang rasanya mudah kot. Ke nak kene ayat scientific? Hihi. Kalau nak tahu lanjut boleh terus tanya Ummi ye.

Selamat menjamu selera.






Share this:

Tentang Penulis

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

0 comments:

Post a Comment