HealthyWealthy with UmmiAyu
  • Laman Utama
  • Tentang Saya
  • Shaklee
    • Senarai Produk
    • Senarai Harga
  • Testimoni
  • Beli Online
Home Archive for 2015
Salam semua,

Hari ni Ummi nak share menu masa ummi berpantang. Sebelum ummi clearkan gambar2 yang makin hari makin bercambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan ni. Baik ummi save kan kat dalam blog ni. Nanti senang nak refer untuk berpantang next. Haha.
Doctor dah bagi green lighy kata perut bersih, so leh pregnan sampai 5x. Oh ya. Kenapa 5? Ummi semuanya bersalin secara caesarean. (Betul ke eja ni?)

1) Sunkist
Sunkist ni, memang kegemaran. Masa pantang mesti rasa macam lidah tak berapa selwra makan. Bila dapat sunkist ni rasa segar je. Sunkist adalah sumber vit C yang akan membantu mempercepatkan process penyembuhan luka. Di samping dapat mengurangkan gejala sembelit di kalangan ibu berpantang.


 2) Ikan Selar panggang bersama daun cekur. Daun cekur dapat mbantu mengecutkan rahim.

 3) Kerabu daun cekur / daun kunyit. Sedap di makan bersama nasi yamg sedang berasap tuh. Hihihi

4) Ikan jenahak sup. Kalau masak sup ni. Kene banyak2. Nanti tak cukup untuk Ibu berpantang. Si ruhil dan Ilman mesti nak menumpang.


5) Nasi himpit bersama sambal Ikan selar. Buat breakfast. Kadang2 lunch pun makan lagi. Sebab sedap sangat. Sambal Ikan ni pun antara feveret Ilman dan Ruhil.

6) Sup Ikan haruan. Nyum.nyum. tak ramai yang suka kot ni. Tapi mang mabeles.


7) Kopi kampung + bIskut roti bergula.
Adeh. Memang bestla leh makan biskut ni. Nak plak kalau ujan. Biasa makan petang ni. Or amik kul 10.30am

8) Air lemon bermadu. 
Minum suam2. Amik pagi dan malam. Mesti rasa segar je. 



9) zinc
Eh eh. Masuk dalam menu berpantang jugak? Mestila. Hahaha..zinc dapat bantu penyembuhan luka dan kurangkan masalah rambut gugur.


10) Set berpantang shaklee. Kalau nak beli boleh contact ummi.


ESP : Untuk bagi tenaga dan membuatkan anak yang menyusu mudah kenyang.

Vit C : Membantu process healing kesan operation.

zinc : Membantu membantu menyembuhkan luka

Vitalea : Bagi nutrient lengkap pada badan. (maklumlah menu pantang terhad)

Bcomplex : Anti stress dan jugak kurangkan rasa penat.

Alfalfa : Milk booster (boleh dimakan selepas 2 minggu bersalin. Bila baby dah confirm secure dari jaundice)


Sekian.

Assalamualaikum.

Sejak seminggu yang lepas, pemilik Jutawan Shaklee Master Cery telah melancarkan kempen "korang tau tak?".

Kempen ni tidak terhad kepada shaklee sahaja. Tapi boleh di masukkan info - info yang berguna kepada sesiapa sahaja.

Tujuan entri ini ditulis adalah untuk mengumpul semua poster yang disediakan oleh semua  anak-anak shaklee yang bernaung di bawah legasi Jutawan Shaklee.

Semoga bagi manfaat kepada semua. Ummi akan update poster2 ni dari masa ke semasa. 

Stay tuned. 

ESP Shaklee
First Poster dari Master Cery.

B Complex Shaklee
Poster dari Salwa Saleh

Poster dari Salwa Saleh

Vitamin E Shaklee
Poster dari Salwa Saleh

ESP Shaklee
Poster dari Salwa Saleh


ViVix Shaklee
Poster dari Salwa Saleh

Ostematrix Shaklee
Poster dari Salwa Saleh

Vitamin C shaklee
Poster dari Salwa Saleh

Poster dari Supermom



Garlic Complex Shaklee


Sekian untuk hari ini

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal buku dari penulis kegemaran ummi.
Baru2 ni encik suami bawak balik satu buku ni. Sebab dia tahu ummi suka tulisan Pak Cik RAM.



Haa...kalau tengokkan publisher..bukan alaf21. Tapi DBP. Dan ummi highly believe ni tulisan pertama RAM. Ke ada lagi yang lain?


Koleksi buku RAM. Selama ni Ingat dah complete dah. Hihi.



Assalamualaikum.

Cerita2 tentang simpanan.
Lepas raya hari tu, niat nak beli emas 50gram. Dok pikir2 duit hasil dok niaga Shaklee ni (psssst: niaga shaklee ni memang menguntungkan!!) lebih dari buat modal pusingan, zakat pastu lebih kepada nak reward diri sendiri.


Pastu dok godek2 apps public gold tengok ada promo jadi dealer dengan pembelian 100g emas. ( masa tu harga segram rm145). Biasanya untuk jadi dealer kita kene buat pembelian at least rm30k. (Kecuali bila ada promo2 tertentu).



Pastu bermulala episod mesej sana sini tye pasal promo ni. Sebab ramai dalam friendlist adalah dealer public gold. Last2 join dengan Ustaz Khairul Anuar ( senior sekolah dulu) sebab dia bagi jawapan cepat, tepat dan ringkas. Hihi.

GAP ni apa?
Ianya adalah singkatan kepada Gold Accumulative Programme yang mana kita berpeluang menyertainya serendah pembelian 1g emas mengikut harga semasa. Bermakna kita beli GRAM emas dan menyimpan dengan Public Gold. Macam kita buka akaun bank. Bermakna, apabila kita nak keluarkan emas dari akaun (fizikalkan), kita boleh keluarkan GRAM emas dari akaun (mengikut brapa gram yang terkumpul) yang mana harga semasa tidak lagi di ambil kira.

GAP ni untuk siapa?
1) Untuk orang yang ada kesedarna nak menyimpan emas tapi tak de banyak modal nak beli ketul emas yang besar (ie 1dinar:4.25g). 
Perlu diingat lagi berat emas yang kita ada lagi kurang "spread" bila kita nak jual balik. Boleh refer gambar di bawah untuk spread.



2) Orang yang nak menyimpan emas tapi tak nak pegang ems sendir. Yelah, dah beli sekilogram emas, maunya tak tidur malam pikirkan emas takut kene rembat. Baik simpan je kat public gold. Hihi.

Pastu yang bestnya, thru GAP ni jugak, kita boleh buka join akaun dengan anak2 kita. Best kan?

Mestila best. Jomla kita. Sesapa yang berminat nak buka akaun GAP ni boleh contact saya.  Urusannya semudah ABC.

Kalau ada yang berminat nak jadi dealer pun boleh jugak. Promo 100g GAP untuk Hari Malaysia pun ada. Valid sepanjang bulan september ni.


Terima kasih kerana sudi membaca.

Assalamualaikum

Lama benar Ummi tak menulis..oops menaip.
Hari ni Ummi nak share tentang fungsi utama Nutriferon. Ni pun sebab pepagi lagi dah ada yang PM ummi tanya pasal nutriferon ni.



Sedikit review pasal nutriferon. 
Ianya merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Dr. Kojima telah menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan mempunyai daya kebolehan untuk memdorong pengeluaran semulajadi Interferon tubuh. Tumbuhan2 tersebut adalah 1) biji labu, 2) Bunga Safflower, 3) Honeysuckle Jepun dan 4) Biji plantago.

Kenapa interferon penting pada tubuh badan?
Dalam dunia perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit Hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV. Interferon juga telah terbukti amat berkesan untuk melindungi kita daripada jangkitan influenza, dan pelbagai jenis penyakit.

Jom kita tengok apakah 7 manfaat utama Nutriferon:
1) mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
2) melawan kanser dan tumor
3) melindungi daripada influenza
4) meringankan stress dan kelesuan
5) melambatkan penuaan
6) mengurangkan infeksi oleh pesakit hepatitis B dan C
7) mempertingkatkan menopaus
8) mempertingkatkan PMS

Ok. Selamat berpuasa semua.


Assalamualaikum


Saper yang ada problem sama macam ni? Huhu. Memang menyakitkan mata. Nak pulak kalo lantai jenis kaler putih macam umah Ummi ni. Sakit je mata memandang. Ni baru problem dia ttinggal je botol susu tu kat atas lanta.i Oklah. Setempat je. Kalo nasib tak baik dan mood si Ruhil tuh tengah nyanyi2 menari2 sambil pengang tangkai botol susu yang penuh dengan susu, mencapah susu tuh bertaburan atas lantai. Memang lagi sakit mata memandang. Semut plak bagai di panggil2 nak hurung.

Pada suatu hari, tengah godek2, FB ternampak Iiklan pasal spray mop ni. Tanpa segan silu PM then terus bayar. Seminggu lepas tu dapat. Hmmm, memang paua hati.. Tak perlu nak bancuh2 mop lagi dah. Spray2 pastu tolak je mop tu. Setel!!

Nampak tak air yang di spray ke lantai tu? Ilman tekan pelan sgt, air dia kuar tak mencapah.

Kat tangan Ilman pegang tuh, ada handle. Tekan je, air kuar.

Hasilnya. Dengan debu2 melekat sekali.

Kain electrostatic tu just tepek je.


Untuk tak bagi kesan melekit pada lantai, Ummi letak Basic H ni dalam botol spray tuh. Takperlu bilas. Lantai berkilat. Semut pun takut nak jejak. Hihi.

Pelakon utama tengah menuangkan beberapa titik basic H dalam botol spray.

Selamat mencuba ya. Memang best dan membantu. Nak2 untuk mak buyong macam Ummi ni.









Assalamualaikum.

Masih mood bercuti. Masih nak update cerita pasal kampung. Hari ni pasal makanan. Nyum.nyum.nyum. Yummyyyyyyyy.

Gambar dari Facebook : Faizal 

Hmmm. Nak jugak letak gambar yang diambil dari FB member Ummi nih. Sebab gambar ni ada udang celup tepung yang gebu gebas gitu.  Masa Ummi stop makan, udang tak naik lagi. Hahaha. Awal sangat sampai. Kul 10am. Tapi Alhamdulillah, sotong celup tepung dah ada.
2 ekor sotong : rm 25 + rm18
Ikan : rm5

Haaaa yang ni, Ummi makan kat kedai Nabila Pesisir Pantai. Kalau dari Besut ke Kuala Terengganu, kedai ni sebelah kiri. Memang tepi laut. Haaa..pagi2 dah pekene kelapa muda sebijik sorang. Best!!!.

Activiti Ilman dan Ruhil

Sambil-sambil menunggu order sampai ke meja. Ni lah aktiviti si Ilman dan Ruhil. Main pasir pantai. Nampak tak Ilman? Nun kat hujung nun, yang pakai baju merah jugak sama ngan Ruhil.

Tengah berusaha nak abiskan Ikan.

Ikan yang rm5 sekor ni memang besar. Tak mampu si Ruhil nak abiskan. Share2 dengan kucing. Tapi jangan tak tau kucing2 kat sini demand. Tulang, kepala ikan memang tak layan Makan isi ikan je. Huhu.


Dah abis sepinggan sotong Ilman

Huhu. Dah makan seafood banyak2 nih mesti takut kolestrol naik. Nak2 hubby Ummi tuh. Yang semenjak dua menjak ni rajin bebeno ke gym sebab katanya badan dah naik. Tapi tak apa, untuk masalah kolestrol tuh kami ada ni.

Nah. Ni satu cara untuk membantu.



1) Phytocol ST - Elok di ambil semasa makan. Particle fitesterol dalam phytocol yang sama size ngan kolestrol akan bertindak sebagai penghalang di dinding usus daripada memasuki kapilari darah dan menangkap particle kolestrol dan dikumuhkan.

2) Omega Guard - Membantu membakar lemak yang sudah lama di dalam kapilari darah dan dikumuhkan.

3) Alfalfa - Memudahkan proces perkumuhan.

Harap faham explaination Ummi yang rasanya mudah kot. Ke nak kene ayat scientific? Hihi. Kalau nak tahu lanjut boleh terus tanya Ummi ye.

Selamat menjamu selera.






Assalamualaikum

Apasal plak nak cerita pasal cermin pandang belakang nih? Sebenarnya teringat kisah balik kampung rabu malam yang lepas. Masa tuh kul 2am. Dekat LPT.



Asalnya plan nk tidur dulu before gerak balik kampung. Lagilah plak memang tak packing pun lagi. Tapi sampai je umah dari opis dalam kul 6.45pm gitu, husband cakap nak gerak awal. Lambat kang takut banyak kete plak. Husband pun dah siap packingkan mana2 yang perlu. OKlah. Setel mandi cuci baju semua dlm kul 8pm. 8.30 dah kuar umah. Sejarah ni. Tak pernah kul 8.30pm dah kuar umah. Biasa kul 10pm koman2.

Sebab dah agak akan ngantuk, Ummi dah siap bancuh PD ngan CINCH tea Mix.



Ai gambar contoh Bancuhan PD je. Saje je nak memeriahkan entri nih. Hahaha. Gambar sebenar tak sempat snap. Kalo campurkan dengan cinch tea mix lagi gelap kaler dia. Nnt kalo ada rezeki Ummi snap gambar sebenar..

OK, berbalik pada cerita kul 2am, time ni Ummi yang drive, sebab pertama, Hubby dah ngantuk, sebab ke dua, tak tahan dengan si Ruhil yang nak tidur atas perut Ummi je. Hahaha.

LPT:- drive 140kph pun rasa macam 90kph je. Time nih bawah flyover beberapa kilometer sebelum sampai tol jabor yang nak u-turn ke ke k.trg tuh. 

Mata Ummi asyik dok tengok inner mirror (cermin pandang belakang), sebab dalam hati terdetik, laju2 nya kete kat sini. Aku dah tekan 140kph pun macam tak rasa apa. Tetiba, aiyyyak, betul2 bawah flyover tuh ada tersusun kon kat lane kiri dalam 50meter. Maknanya 1 lane je yang bukak. Takde construction apa pun. Terus tekan brek, dalam hati, kalo tak stop jugak, memang akan langgar je kon2 tuh, nak ke kiri semua kete laju, alhamdulillah, xde kete belakang Ummi. Alhamdulillah, sempat elak dari langgar kon tuh dan ke lane kanan, sebab kete2 yang laju sebelah kanan tuh ada dua biji je belakang kete Ummi.  

Sampai sekarang dok terpikir. Apalah kon2 tuh buat kat situ. Padahal xde apa pun kat jalan tuh. Pastuh dok pikir jugak, sebab tulah x elok dok pandang cermin pandang belakang je memanjang, yang kat depan nun lagi banyak yang perlu diperhatikan. lagi pandang ke depan lagi luas boleh tengok. Cermin pandang belakang tuh, untuk kita tengok sebagai peringatan je. Dah kita tinggal pun yang belakang tuh, makin kita bergerak ke depan, makin tak nampak apa2 yang belakang tuh.

Akhir kata, drive carefully. Depan lagi banyak dan penting untuk di tuju berbanding belakang yang dah lama ditinggalkan. Tapi yang belakang tu jugak penting untuk dijadikan peringatan. Peringatan je tau. Bukan benda untuk di fikirkan secara melampau hingga lupa yang depan.
Assalamualaikum.
Hari ni rasa cam nak bercerita pasal Shaklee. Dari mana datangnya nama Shaklee ni?
Seringkali nampak orang menulis "sheikh-keli, Syak-kali".

Haa, kalau nak tahu Shaklee ni adalah nama pengasas Shaklee. DR. FOREST SHAKLEE. Yup dia seorang Doctor. Yup nama orang. So pada sesiapa yang suka bagi "gelaran" yang bukan2 tu harap boleh stopla lepas ni. Walau anda tak suka dengan product shaklee, janganla panggil nama yang bukan2. Walau apa pun niat korang, still kalo diri kita sendiri digelar dengan nama yang bukan2 kita akan marah. Rasulullah tak suka tau panggil orang dengan gelaran yang bukan2. Haishhh betul2 tidak mengikut sunnah Rasulullah.

Macam mana di awal penceburan Dr Shaklee dalam dunia Vitamin? Al-kisahnya, Dr Shaklee.telah di diagnosiskan mempunyai penyakit cancer. Bila je tahu dia ada penyakit cancer, dia ambil keputusan untuk balik ke kampung halaman dan berubat secara traditional. Ayah Dr. Shaklee ni adalah seorang farmer. Semasa di kampung la Doctor Shaklee telah menemui ramuan untuk buat vitamin pertama di Dunia iaitu Vitalea. Daripada awal didiagnose hidup cuma beberapa bulan kerana cancer, Dr. SHAKLEE mampu hidup berpuluh tahun dengan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Vitamin" adalah asal perkataan dari Vitalized-Mineral yang di "short cut" kan menjadi vitamin. Asalnya Vitalea ni di perkenalkan dalam bentuk cecair sebelum ianya di ubah ke bentuk yang lebih senang untuk di ambil iaitu tablet.

Vitalea : masa mula2 dicipta. Cecair.

Setelah di-improvised dalam bentuk tablet --> cantikkan gambar keratan rentas ni? So kao vitalea korang naik tompok2 itam tuh, bukan kulat ye. Hihi.still boleh mkan. 


Walaupun dah di "tablet"kan, ianya cepat larut. Anda boleh bereksperimen dengan multivitamin lain.

Setelah Dr Shaklee berpuas hati dengan Vitalea yang diciptanya, dia berhajat nak kongsi kebaikan vitalea nih dengan semua orang. Pada awal tuh, kawan2 Dr Shaklee nih ragu2 jugak bila Dr Shaklee nak guna nama sendiri sebagai "Brand" vitalea ni. Kawan Dr Shaklee nih tak yakin kalo guna nama Shaklee vitalea nih akan terjual. Tapi jawapan Dr Shaklee best. Dr Shaklee cakap dia bukan nak jual tetapi nak "Sharing" kebaikan. Maka bermulalah episod Syarikat Supplement Shaklee.

Sedikit Info pasal Vitalea.

Selamat menjalani cara hidup sihat. 



Assalamualaikum.


Apa yang korang paham pasal kata2 kata atas.? Positive!!! Yup kata2 semangat !!! Yup kata2 yang boleh bawa seribu kebaikan.

Terlalu POSITIVE untuk di NEGATIVEkan. Tapi pagi semalam,  sambil2 tunggu solat subuh, sempat ku belek 1st chapter dari buku JUTAWAN MLM tulisan Razzi Armansur. Sempat catat note pasal kata2 di atas je semalam. Hari ni rasa nak uraikan sket pasal ayat tuh.

"LARI DARI API"
Tajuk chapter pertama dari buku ni. Apa yang dimaksudkan dengan kata2 " kalau kita berlatih untuk jadi sempurna akan jadi sempurna". At the first place, ayat ni bunyinya posotive sangat. Tapi bila baca keseluruhan cerita, teringat pulak cerita KATAK yang dokk dalam air dan dipanaskan. Untuk sesapa yang blom tahu pasal cerita katak ni? Meh nak cerita.

Katak, kalau dia lompat ke air yang panas, dia akan terus lompat keluar. Tapi kalau dia dah dok dlm air yang asalnya sejuk, then kita panaskan air tuh, katak akan mati kepanasan. Kenapa? Sebab dalam pada suhu air meningkat secara berperingkat, katak ingat dia boleh adjust diri dia follow suhu air yang sedang meningkat (masa nilah yg dikatakan- berusaha jadi sempurna), tapi lama kelamaan, badan dia sendiri dah tak mampu nk tahan dan mati.

Macam penebar roti canai, kalau kita yang tak biasa, akan rasa roti canqa yg lepas di goreng tuh panas, dan akan terus letak Balik roti canai tuh. Tapi penebar roti canai dah berlatih menjadikan sesuatu yang abnormal tu, menjadi sempurna bagi dia. Tanpa dia sedari, receptor tapak tangan dia dah pun rosak.

Yang nak diceritakan di sini, kita tak boleh selamanya berada dalam keadaan sekarang. Jangan terlalu rasa selesa dengan keadaan yang sebenarnya kita sendiri pun tak selesa. Dalam keadaan nak.bagi duit pada parents pun berkira2. Dalam keadaan nak hantar anak ke sekolah yang bagus pun berkira2.

Berusaha untuk menjadi lebih baik. Berusaha untuk jadi golongan 5% reality check.


Semoga impian jadi kenyataan. AMIN.

Assalamualaikum.

Rasa macam sesaja nak menulis. Siang tadi ada kelas Wheel of Life 2 jam  yup 2 jam. Tapi rasa macam 10 minit je. Sedar2 dah dapat amanat buat assignment. Hahaha.


BELIEVE!!!
Teringat zaman kecik2 dulu. Zaman sekolah rendah. Masa ni baru diperkenalkan Brick Game. Masa tuh rege dia rm38 satu. Memang satu jumlah yg besar . Tapi masa tuh yakin sangat, diri sendiri akan dapat gak beli brick game tu. Tak berapa bulan lepas tuh, memang Ummi mampu beli. Duit simpanan sendiri.

Zaman kanak-kanak memang best. Selalu rasa dapat apa yang kita nak. Sebab masa tuh kita takde keraguan. Yang ada cuma keyakinan.

Dah besar2, tua2 macam ni, selalu je ada keraguan. Nak berenti keje, tapi mampu ke nak hidup kat dunia tanpa duit sendiri? Nanti boleh ke nak beli barang2 yang kita suka tanpa mintak dengan suami? Banyak sangat TAPI.

Tak yakin ke dengan Allah? Tak yakin ke dengan diri sendiri macam masa kecik2 dulu?

Masa zaman sekolah dulu suka sangat pasukan beruniform. Sampai.memang niat keje nanti nk yang pakai uniform. Yup memang keje sekarang tak perlu nk pilih2 baju. Uniform je. Nak keje professional. Yup sekarang dah jadi engineer. Nak merasa bawak kete sendiri, bawak adik2 jalan2..shopping2..before kawen. Yup sempat buat semua tu setahun. Even dah kawen pun masih lagi buat. Tapi kadang2 pakai kete suami. Hihi.

Salah ke nak berangan lagi? Nak pakai Vellfire. Lagi besar. Lagi ramai boleh muat. Lagi ramai boleh bawak g jalan2. Shopping2.

Dulu masa form 3 selalu berangan nak g jepun. Nak makan udon mee. Nak makan sushi. yup sekarang keje dengan syarikat based dia jepun. Dah sampai pun Jepun. Osaka. Tokyo. Hiroshima.

Salah ke nak berangan lagi? Nak g Australia. Perth. Adelaide. Nak rasa makan fish and chips dari ikan dori yang bukan dibekukan. Nak dukung koala bear. Bawak suami anak2.

Tak salah. Tak salah. Cuma pasang niat. Yakin dan berusaha ke arah itu. Yakinlah yang kita ada Allah. Pemberi segala nikmat. Pemilik segala kekayaan. Yang tahu segala apa yang ada di bumi dan langit. Selalu ingat Allah dalam apa jua yang kita buat. Ada masalah, mengadu dengan Allah. Bukan facebook. Bukan twitter.

Tetiba teringat Naruto. Dari kagen bunshin no jutsu yang lembik lemah dan selalu kene gelak. Sampai dialah Master Kagen Bunshin No Jutsu. Ada apa dengan kata2 orang. Gelak tawa orang. Ejekan orang. Yang penting kepuasan diri sendiri. keyakinan nak jadi Hokage. Kecintaan pada Sakura yang sampai sanggup bergadai nyawa mengejar Sasuke.

Ok. Cukup setakat ni. Moga bermanfaat. Hihi. Tetiba serius pulak entri kali ni. Err sekadar ingatan untuk diri sendiri.

>>>TAK PERNAH SALAH UNTUK BERMIMPI YANG INDAH2.



Asal ada kemahuan, keyakinan, usaha dan tawakkal. IN SHA ALLAH. 
Subscribe to: Posts ( Atom )
Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.

Saya AYU

Isteri kepada Hardi Raimee. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Ilman, Ruhil dan Sufi.

Produk Shaklee

B-Complex Basic H Cinch Milk Shake CoQ10 ESP Herb-Lax Nutriferon Set Shaklee Shaklee Vita C Vita E Vita Lea

Pos Popular

  • Siapa Doctor Z?
    Asslamualaikum. Tepat jam 5.45pm, hari khamis, ada seorang jejaka datang jumpa Ummi kat opis. Patutnya kul 5.45pm ni ummi dah prepare apa...
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
    Assalamualaikum semua.  Sejak dua menjak ni banyak plak dok tgk orang post pasal cuci kasut sekolah anak guna pencuci serba guna shakle...
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
    Assalamualaikum. Bila taip tajuk ni, tetiba Ummi teringat cerita hindustan "My  Name is Khan". Ada sesapa tahu tak cerita nih...
  • Resepi ikan cencaru
    Salam semua... Nak jugak share resepi paling senang...paling sedap...paling murah.. Ikan cencaru masak asam...haaa...ni barang rare...b...
  • Tips Senang Kemas Rumah
    Assalamualaikum Tajuk tips kemas rumah, tapi sebenarnya Ummi nak share cara2 tak nak hilang stokin  dan cara nk cepat prepare baju anak2 ...

Tips Ayu

  • Cantik
  • Jalan-jalan
  • Resepi
  • Tips

Instagram

Pos Terkini

  • Siapa Doctor Z?
  • Cara senang cuci kasut sekolah anak
  • Nama Saya Ayu Zalini Binti Abdullah
  • Resepi ikan cencaru
  • Tips Senang Kemas Rumah

Hubungi Ayu

Name

Email *

Message *

Arkib Blog

  • ►  2025 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (2)
  • ►  2018 (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2015 (13)
    • ▼  September (4)
      • Menu berpantang caesarian
      • Projek Jutawan Shaklee
      • Ramlee Awang Murshid
      • Emas : Pelaburan untuk masa hadapan
    • ►  July (1)
      • 7 Fungsi Utama Nutriferon Shaklee
    • ►  March (1)
      • Spray Mop Best
    • ►  February (7)
      • Best sangat ke makanan Terengganu?- Hanya di Penarik
      • Cermin Pandang Belakang
      • Shaklee tu apa?
      • Positive
      • Just Do It!
  • ►  2014 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (6)
    • ►  September (21)
    • ►  August (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2013 (4)
    • ►  June (4)
Copyright 2014 HealthyWealthy with UmmiAyu.
Created by OddThemes
Designed by salwasaleh.com